Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandemik Covid-19 tambah kesedaran, keperluan jaga kesihatan mental

Oct 02, 2021 | 05:01 PM



PANDEMIK Covid-19 telah meningkatkan kesedaran dan menekankan kepentingan isu kesihatan mental.



Selain itu, ia juga telah menambah cabaran yang harus dihadapi ramai sepanjang tempoh ini, lebih-lebih lagi dengan ketetapan bekerja dari rumah (WFH) dan pembelajaran di rumah (HBL). 



Demikian pandangan yang dikongsi oleh Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.



Menurut Encik Saat, sebelum ini bekerja dari rumah mungkin memberikan gambaran bahawa ia sesuatu yang menenangkan sewaktu tempoh prapandemik. Namun kini, ramai yang terpaksa bertugas untuk masa yang panjang dan membahagikannya dengan tanggungjawab keluarga.



“Ini mengaburkan garis antara masa yang diperuntukkan untuk kerja dan masa peribadi mereka. Oleh itu, isu-isu ini dapat mempengaruhi kesihatan mental,” kata Encik Saat dalam ucapannya.



Berkongsi pendapat yang sama, Cik Hazlina berkata mungkin ramai, terutama kaum wanita, yang akan berasa tertekan kerana perlu memastikan mereka perlu sentiasa ada untuk tugasan kerja dan dalam masa yang sama menguruskan HBL untuk anak-anak mereka.



Ini diburukkan lagi dengan kegelisahan yang meningkat disebabkan pengasingan, tambahnya.



“Ramai wanita juga merupakan pengasuh utama yang perlu membahagikan masa mereka terhadap tanggungjawab di rumah dan kerja.



“Sepanjang 18 bulan yang lalu, ia telah menjejas ramai orang, terutama kaum wanita – dari segi mental dan fizikal,” ujar beliau.



Justeru, menurut Encik Saat dan Cik Hazlina, lebih banyak rasa empati harus ditunjukkan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental dan pada masa yang sama memberi mereka lebih banyak sokongan dalam masa-masa sukar ini.



“Mereka (kaum wanita) memikul banyak tanggungjawab dan peranan, terutamanya semasa bekerja dari rumah bagi tempoh ini.



“Kita harus memastikan mereka tidak mengabaikan kesihatan mental mereka,” tambah Encik Saat.



Dengan itu, beliau juga berharap perkongsian dari webinar yang dianjurkan bersama itu dapat memberi manfaat kepada semua.



Encik Saat berkata:



“Berita Harian (BH) berbesar hati dapat bekerjasama dengan PPIS bagi menganjurkan webinar mengenai kesejahteraan mental.



“Harapan kami ialah webinar ini dapat menyumbang kepada usaha pelbagai pihak dalam meningkatkan kesedaran mengenai topik penting ini.”



Sejajar dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober ini, PPIS bakal melancarkan kempen #RecovHER, sebuah daya usaha mengumpul dana bagi menyokong wanita yang memerlukan bantuan untuk kesihatan mental mereka.



“Di PPIS, kami percaya terhadap pembangunan ekosistem sokongan yang kuat dengan menyediakan sumber daya kepada wanita dan keluarga mereka untuk menghadapi waktu sukar.



“Bagi mereka yang sedang mengalami masalah mental, sokongan dan galakan amat diperlukan. Penting untuk mereka ketahui, bahawa mereka tidak perlu menghadapi cabaran ini sendiri. Ada bantuan dan ada sokongan,” kata Cik Hazlina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >