Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandu sendiri pesawat bawa ibu bapa sebagai penumpang

Jun 14, 2023 | 05:56 PM



Apabila kededua ibu bapanya berhasrat mengunjungi bandar Dubai kerana rindu untuk menemui tiga cucu mereka, Encik Muhammad Redzuan Rashid membuat aturan khas bagi membolehkan ibu bapanya menaiki penerbangan A380 yang dikemudikan oleh beliau sendiri.

Untuk menggembirakan kededua orang tuanya itu, beliau yang bertugas sebagai juruterbang penerbangan terbesar di dunia, Emirates Airlines, yang membawa lebih 600 penumpang lain, sempat ke tempat duduk ibu bapanya untuk menjenguk dan menyapa mereka.

“Reaksi mereka tidak dapat saya bayangkan. Daripada raut wajah mereka yang tidak dapat disembunyikan lagi, jelas kelihatan kegembiraan yang teramat bercampur rasa bangga melihat anaknya itu.

“Malah beberapa penumpang yang duduk berdekatan mereka bertanyakan mereka sama ada juruterbang penerbangan itu adalah anak mereka.

“Ibu dan bapa saya hanya mengangguk-angguk membuat para penumpang lain turut berasa bangga. Mereka berdua berasa seperti VIP dalam penerbangan itu,” ceritanya tentang penerbangan dari Singapura ke Dubai pada Oktober lalu.

Encik Muhammad Redzuan turut membuat pengumuman dalam penerbangan tersebut dan yakin ibu bapanya mengenali suara anaknya.

“Kehadiran mereka berdua dalam penerbangan itu mendorong saya untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Semasa penerbangan itu mahu mendarat, saya benar-benar pastikan ia dapat mendarat dengan baik tanpa sebarang kegenjotan.

“Malah semua kakitangan dan rakan juruterbang saya setuju untuk bergambar beramai-ramai bersama ibu bapa saya di Lapangan Terbang Changi sebelum kami berlepas ke Dubai.

“Bagi saya, dan pastinya buat kededua ibu bapa saya, penerbangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujarnya sambil tersenyum. – ROSEBI MOHD SAH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >