Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel penasihat 3 pihak dibentuk tangani kesihatan mental pekerja

Nov 17, 2020 | 05:18 PM



DI bawah satu panel penasihat yang dibentuk bagi menangani keprihatinan kesihatan mental pekerja di sini, syarikat setempat digalakkan agar menganjurkan ceramah dan bengkel mengenai isu ini serta melatih pengurus mengesan tanda-tanda kemuraman termasuk kelelahan di tempat kerja serta memberi sokongan kepada rakan sekerja.



Penasihat Tiga Pihak Mengenai Kesejahteraan Mental Di Tempat Bertugas juga menyarankan kepada majikan agar mengenal pasti keperluan bagi pekerja mereka berehat secukupnya di luar waktu bertugas.



Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan dasar keseimbangan dan keharmonian pekerjaan-kehidupan bagi memastikan pekerja jelas tentang komunikasi kerja selepas tempoh bertugas. 



Panel penasihat baru ini dimulakan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) pada Selasa (17 November).



Saranan ini direalisasikan sebulan selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa pasukan bertindak antara agensi baru telah dibentuk bagi menangani keperluan kesihatan mental warga Singapura.



Menurut Encik Lee lagi, pandemik Covid-19 telah membawa lebih banyak stres, tekanan dan gangguan buat sesetengah warga Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >