Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panggilan 995 naik, respons ambulans lebih lama

Jul 10, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN panggilan 995 ke Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah meningkat sejak beberapa minggu lalu.



Terdapat sekitar 760 panggilan sehari secara purata pada minggu pertama Julai - dengan yang tertinggi ialah 810 panggilan - kata SCDF pada malam kelmarin.



Sebelum pandemik Covid-19, purata bilangan panggilan EMS harian ialah sekitar 550.



"Jika panggilan EMS terus meningkat, orang ramai mungkin mengalami kelewatan dalam respons ambulans, terutamanya bagi insiden perubatan yang kurang kritikal," kata SCDF dalam catatan di Facebook semalam.



Ia sedang memantau keadaan dengan teliti dan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menguruskan peningkatan panggilan.



Ini termasuk menyelaraskan penempatan ambulans ke kawasan yang mempunyai kadar panggilan kecemasan perubatan yang tinggi dan mengutamakan respons terhadap kes yang mengancam nyawa.



Pesakit yang dinilai oleh paramedik SCDF sebagai mempunyai keadaan perubatan bukan kecemasan tidak akan dibawa ke hospital, kata SCDF.



"Penerima panggilan 995, paramedik dan pegawai barisan hadapan kami semuanya melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengangkutan pantas ke hospital bagi mereka yang mempunyai keadaan perubatan yang mengancam nyawa dan kecemasan," tambah SCDF.



Orang ramai digalakkan untuk mengelak daripada menghubungi 995 jika mereka tidak mengalami sebarang keadaan perubatan yang mengancam nyawa atau kecemasan.



Kecemasan kritikal termasuk sakit dada secara tiba-tiba, sesak nafas, pitam atau kekeliruan, kelemahan anggota badan secara tiba-tiba, sukar bercakap atau muka terkulai, pendarahan teruk akibat kecederaan, kehilangan kesedaran dan sawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >