Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

PAP menang besar, 83 kerusi termasuk rampas 1 kerusi pembangkang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PAP menang besar, 83 kerusi termasuk rampas 1 kerusi pembangkang

Sep 13, 2015 | 06:00 AM

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya Tahun Jubli Singapura, dengan mendapat 69.9 peratus undi popular.

Ini merupakan kenaikan hampir 10 peratusan mata, berbanding 60.1 peratus undi popular yang diraihnya dalam pilihan raya 2011.

PAP memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen yang dipertandingkan

Ia mencatatkan lebih 70 peratus undi dalam 15 daripada 29 kawasan undi.

Parti Pekerja pula berjaya mengekalkan GRC Aljunied, tetapi dengan hanya 51 peraus undi atau kelebihan 2,612 undi.

Ini merupakan satu kemerosotan berbanding 54.7 peratus yang dimenanginya empat tahun lalu.

WP juga berjaya mengekalkan SMC Hougang tetapi peratus undinya merosot kepada 57.7 peratus daripada 62.1 peratus.

Namun, ia gagal mempertahankan SMC Punggol East.

Pada keseluruhannya WP menerima peratus undi popular 39.8 peratus, merosot sebanyak 6.8 peratusan mata.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3