Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP perkenal wajah baru di Sengkang East

Oct 26, 2023 | 09:17 PM



Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah mengumumkan pada Khamis pelantikan Encik Marcus Loh, 40 tahun, sebagai pengerusi cawangan PAP Sengkang East baru mulai 1 November.

Beliau mengambil alih Encik Ling Weihong, 42 tahun, yang merupakan satu daripada tiga wajah baru yang diperkenalkan buat kali pertama pada Mac 2022 untuk mewakili PAP di GRC Sengkang.

Menurut kenyataan itu, Encik Ling “akan dipindahkan ke peranan lain dalam parti” tersebut.

Encik Loh merupakan Pengarah dan Ketua Perhubungan Strategik, Ehwal Awam dan Pemasaran Korporat di sebuah firma Singapura yang memacu transformasi digital untuk syarikat-syarikat.

Beliau bermula sebagai aktivis parti tersebut sejak 2015 dan kini berkhidmat sebagai salah seorang ahli Forum Dasar PAP (PPF).

Encik Loh juga merupakan anggota Jawatankuasa Penasihat Industri di Sekolah Sains Kemanusiaan dan Tingkah Laku di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). Beliau juga anggota Majlis Filantropi Alumni Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Pada 2019, Encik Loh telah dipilih sebagai presiden Institut Perhubungan Awam Singapura (IPRS). Beliau juga merupakan felo di sebuah inisiatif Syarikat Berasas Kebaikan Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC).

Beliau memegang ijazah dalam bidang komunikasi dari Universiti Edith Cowan dan ijazah sarjana sains dari Universiti Ireland dan SMU; dan juga telah menyelesaikan program eksekutif dalam kepimpinan awam dari Sekolah Harvard Kennedy.

Dengan pelantikan baru ini, beliau kini bersama pasukan PAP GRC Sengkang, yang dipimpin mantan Menteri Negara Kanan Dr Lam Pin Min (Sengkang West), 54 tahun, dan juga wajah-wajah baru Profesor Madya Dr Elmie Nekmat (Sengkang Central), 41 tahun, dan Cik Theodora Lai Xi Yi (Sengkang North), 37 tahun.

Sejak Pilihan Raya Umum (GE) 2020, GRC Sengkang diurus oleh Parti Pekerja (WP), yang memenangi sebanyak 52.13 peratus undian berbanding 47.87 peratus yang dimenangi pasukan PAP.

Pada masa itu, pasukan PAP GRC Sengkang dipimpin oleh setiausaha agung NTUC Encik Ng Chee Meng dan dianggotai Dr Lam Pin Min, mantan Setiausaha Parlimen Kanan Encik Amrin Amin dan peguam Encik Raymond Lye.

Sejak beberapa bulan ini, menerusi catatan Facebook, Encik Loh telah dilihat giat menjalani lawatan rumah ke rumah bersama anggota PAP GRC Sengkang yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >