Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Papar semangat atasi kesukaran, impian anak muda lewat animasi

NDP
Aug 18, 2021 | 05:30 AM



Animasi elemen penting dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. Berita Harian bercakap bersama juruanimasi yang ditugaskan bagi dua video lirik lagu asli NDP 2021, 'Breathing City' dan 'Spirits Anew'. Mereka mengongsi konsep, tema dan tujuan utama di sebalik video lirik itu.




LIRIK lagu baik dengan sendirinya memberi inspirasi kepada juruanimasi untuk menghasilkan karya bagi sesebuah video lirik.



Itulah yang berlaku kepada tiga juruanimasi semasa mengilhamkan video sambutan Hari Kebangsaan.



Tahun ini, selain lagu utama Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Road Ahead, terdapat dua lagu asli sampingan NDP yang dinyanyikan oleh Aisyah Aziz dan Sezairi Sezali, masing-masing berjudul Spirits Anew dan Breathing City.



Ini adalah lagu tambahan NDP 2021, dan dihasilkan dalam bentuk video lirik.



Kededua video lirik yang diterbitkan menonjolkan animasi menarik dan berwarna-warni.



Juruanimasi bagi video lirik Breathing City adalah sepasang kembar Henry Zhuang dan Harry Zhuang, yang lebih dikenali sebagai Zhuang Brothers.



Pemilik bersama syarikat studio animasi Weaving Clouds itu menceritakan bahawa karya mereka itu menarik pelibatan 623 pelajar dari enam sekolah.



Sekolah terlibat ialah tajaka PCF Sparkletots @ Sembawang West Blk 789, Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas, Sekolah Mee Toh, Sekolah Menengah Xinmin, Sekolah Menengah Yishun Town dan Sekolah Menengah Serangoon.



Video lirik itu mengetengahkan impian golongan muda itu serta harapan mereka mengenai masa depan Singapura, jelas Encik Henry Zhuang, 39 tahun.



Konsep untuk menggabungkan lukisan para pelajar itu tercetus daripada lukisan yang pernah mereka lihat di sebuah galeri seni semasa menuntut di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Bagi tujuan video itu, mereka memberi lukisan untuk diwarnakan para pelajar itu mengikut cita rasa dan imaginasi mereka.



"Arahan yang kami berikan kepada guru mereka ialah jangan ganggu anak murid mereka, atau memberi mereka sebarang saranan," ujar Encik Henry Zhuang.



Bagi video lirik Spirits Anew pula, ia dihasilkan oleh juruanimasi Howie Kim, 31 tahun, seorang artis visual tempatan.



Dalam video lirik itu, tujuan beliau ialah mengetengahkan tema 'mengatasi kesukaran' menerusi paparan animasi dari dasar laut dalam hingga ke langit dan cakerawala.



Memandangkan ini pelibatan Encik Kim buat julung-julung kalinya untuk animasi bagi persembahan di peringkat negara, beliau akur berasa gementar, meskipun seronok.



"Walaupun saya pernah lakukan video lirik, peluang ini adalah di tahap lebih tinggi berbanding karya-karya saya sebelum ini.



"Jadi saya ingin melakukan sesuatu yang berlainan daripada gaya biasa saya. Estetik yang saya paparkan dalam animasi ini diilhamkan daripada buku kanak-kanak," ujarnya.



Untuk menonton kededua video lirik lagu asli NDP 2021, sila ke laman ndp.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >