Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Parlimen beri petugas barisan depan Covid-19 tepukan gemuruh

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



PETUGAS barisan hadapan yang terlibat dalam memerangi Covid-19 menerima tepukan gemuruh di Parlimen pada Isnin, ketika Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, membuka perbahasan mengenai respons Singapura terhadap virus itu.



Seramai 100 petugas barisan hadapan memenuhi galeri awam di Parlimen, ketika Anggota Parlimen (AP) beramai-ramai bertepuk tangan sambil menghentak kerusi mereka dan memberikan tepukan gemuruh hampir setengah minit sebagai tanda sokongan dan menghormati kerja keras dan pengorbanan mereka.



Antara yang hadir ialah jururawat, doktor, pendidik, karyawan perkhidmatan sosial, pekerja pengangkutan, pengurus pasar raya, duta jarak selamat, pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dan kakitangan sektor awam serta swasta yang menjalankan operasi bilik belakang yang kritikal.



Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa dasar dan tindakan Singapura untuk respons terhadap wabak itu membezakan negara ini daripada negara lain.



Ia memastikan pelabuhan udara dan lautnya terbuka dan aliran bekalan kritikal tidak terganggu.



"Kita mempertingkat reputasi kita sebagai nod boleh dipercayai, walaupun beberapa bahagian di seluruh dunia ditutup," kata beliau.



Singapura juga menyerlah di seluruh dunia disebabkan sikap bersatu padu penduduk ketika krisis itu, tambah Encik Wong.



"Di sebalik semua ujian dan kesusahan, kita bersatu padu sebagai sebuah masyarakat, dan mengharunginya sebagai sebuah rakyat yang bersatu.



"Kita mengekalkan kepercayaan dengan rakan-rakan Singapura, menjaga warga bukan Singapura dalam kalangan kita, dan semua orang memainkan peranan demi kepentingan kebaikan bersama," katanya.



Encik Wong juga berkata pemerintah ingin merakamkan penghargaannya kepada semua yang menyumbang kepada usaha memerangi Covid-19.



Mengiktiraf pelbagai kumpulan atas sumbangan mereka, beliau berkata pekerja dan kesatuan sekerja, serta rakan kongsi tiga pihak yang mengumpulkan sumber, telah menghulurkan sokongan dan membantu banyak perniagaan dan pekerja mengharungi masa sukar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >