Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen henti sementara; titik pertengahan penggal pemerintah

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



PARLIMEN telah berhenti buat sementara pada Jumaat dan akan sambung semula pada 10 April dengan agenda baru.



Sesi baru Parlimen ke-14 akan bermula dengan Ucapan Presiden pada 8.30 malam pada 10 April, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Presiden Halimah Yacob akan menggariskan keutamaan, dasar dan program pemerintah bagi baki penggalnya sebelum pilihan raya seterusnya, yang harus diadakan selewat-lewatnya 2025.



Dalam pada itu, sekiranya Puan Halimah tidak berhasrat meneruskan penggal kedua dalam pilihan raya presiden akan datang tahun ini, ia merupakan Ucapan Presidennya yang ketiga dan terakhir.



Cuti dua minggu ini, yang dikenali sebagai prorog, menandakan titik pertengahan penggal pemerintah.



"Rehat ini membolehkan kami untuk menyemak isu penting dan menetapkan hala tuju bagi pemerintah," kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu pos Facebook pada Jumaat.



"Anggota Parlimen akan membincangkan perkara ini dengan lanjut dalam perbahasan mengenai usul terima kasih atas Ucapan Presiden."



Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, pada Jumaat juga berkata, semua AP tidak harus membuat dakwaan tidak berasas di Parlimen, seperti yang boleh dilihat di negara lain.



Beliau juga menggesa agar respons lebih jelas diberikan dalam sesi baru Parlimen kelak.



Memberi respons kepada akhbar The Straits Times mengenai harapannya bagi sesi akan datang, beliau berkata bahawa di negara lain, ahli politik menggunakan pendekatan membuat dakwaan tidak berasas kerana ia berhasil dalam menjejas bagaimana orang awam rasa.



"Kebenaran nampaknya tidak begitu penting. Dan sedihnya, ahli politik terlepas begitu sahaja. Kita patut lakukan yang lebih baik," katanya yang telah menjadi Speaker sejak 2017.



"Saya harap AP terus bercakap dengan penuh semangat tetapi saya menggesa AP untuk turut mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan kemudian mempertimbang mengutarakan perkara baru atau beralih ke topik baru, daripada hanya terlalu mempertikaikan perkara yang sama sehingga menjelakkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >