Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Langkah baru rangsang kesihatan mental dalam masyarakat

Mar 09, 2017 | 02:56 PM



KAKITANGAN agensi pemerintah di barisan depan, termasuk polis, akan dilatih mengesan dan memberi respons terhadap kes-kes kesihatan mental dalam masyarakat.



Agensi perkhidmatan sosial dan masyarakat akan juga menerima latihan asas untuk mengenal pasti dan memberi respons kepada orang yang mempunyai isu kesihatan mental, dan merujukkan mereka kepada Agensi Penjagaan Bersepadu bagi mendapatkan bantuan.



Ini adalah antara objektif untuk meningkatkan penjagaan kesihatan mental masyarakat yang diumumkan di Parlimen pada Khamis (9 Mac) oleh Menteri Negara Kanan (Kesihatan) Amy Khor.



"Kami akan memperluaskan khidmat kesihatan mental dan demensia di poliklinik, supaya penjagaan menjadi lebih mudah," katanya. "Sasaran kami satu daripada setiap dua poliklinik melaksanakan klinik kesihatan mental menjelang tahun 2021."



Klinik serupa itu akan memainkan peranan misalnya dalam pengurusan pesakit demensia, kemurungan, kebimbangan dan insomnia. Singapura mempunyai 18 poliklinik, dengan sekurang-kurangnya enam lagi akan dibina dalam tempoh beberapa tahun akan datang.



Bilangan pasukan dekati masyarakat, yang mempunyai peranan utama mendidik orang ramai dan mendekati individu yang lemah, akan dipertingkatkan daripada 18 kepada 50 menjelang 2021, kata Dr Khor.



Lebih banyak pasukan campur tangan kesihatan bersekutu masyarakat juga sedang dirancang. Kumpulan-kumpulan ini, dengan kakitangan pakar seperti ahli psikologi dan ahli terapi pekerjaan, akan ditingkatkan kepada 18 pada 2021, meningkat daripada 14.



Mereka membantu penjagaan kesihatan pesakit mental, sebagai contoh, dengan memeriksa mereka di rumah dan memastikan mereka mengambil ubat yang ditetapkan.



Institut Kesihatan Mental (IMH) juga akan menjaga pesakit yang sudah dilepaskan.



Sokongan "selepas penjagaan" akan diperluas dalam tempoh lima tahun akan datang. Dr Khor berkata ini akan membolehkan lebih ramai pesakit IMH "disokong dalam tempoh pasca-pelepasan dan pulang dalam keadaan baik".



IMH menjangka dapat menyokong lagi 3,000 pesakit dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping 8,000 pesakit sekarang, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >