Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Lebih ramai askar akan ronda tempat awam

SAF
Apr 07, 2016 | 03:21 PM



LEBIH ramai askar akan dikerah menjaga tempat awam sedang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meningkatkan usaha melawan ancaman pengganas.



Menteri Pertahanan Ng Eng Hen mengumumkan SAF akan melatih lebih banyak unit untuk menjalankan rondaan pencegahan di kawasan sesak.



Pada masa ini, askar hanya membuat rondaan di kemudahan utama, seperti Pulau Jurong dan Lapangan Terbang Changi.



Ini bagi memastikan SAF boleh menangani serangan terancang, seperti di Paris dan Brussels, di kawasan panas seperti lapangan terbang, stesen MRT, pusat beli-belah dan pusat bandar, kata Dr Ng di Parlimen pada Khamis (7 April).



Langkah baru ini sebahagian daripada langkah menggandakan usaha SAF memerangi pengganasan, kata Dr Ng, yang mengumumkan kepada Dewan pelan bagi "bertindak balas dengan tegas" terhadap ancaman.



SAF akan membina bandar olok-olok dengan "kepadatan tinggi", lengkap dengan bangunan tinggi dan rangkaian jalan raya, untuk menjalankan latihan memerangi pengganasan "sangat realistik", kata beliau.



Ia juga akan meningkatkan kekuatan pasukan tentera khasnya, yang menjadi barisan pertama dalam operasi memerangi pengganasan dan operasi luar jangkaan lain.



Bagi memastikan "kekuatan penuh" keupayaan keselamatan Singapura berkesan, Dr Ng berkata SAF juga akan bekerjasama rapat dengan Home Team untuk berkongsi risikan dan membangunkan sistem arahan operasi bersama.



Sebagai sebahagian usaha mengimbangi tenaga kerja yang berkurangan dan meningkatkan kelebihan teknologinya, SAF akan melancarkan biasiswa baru untuk menarik bakat kejuruteraan terbaik dan mengembangkan pasukan jurutera tenteranya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >