Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar raya had jualan ubat jenama Panadol dan Nurofen

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



PARA pelanggan FairPrice hanya boleh membeli sehingga empat unit produk Panadol dan Nurofen dalam sebarang kombinasi.



Had membeli kedua-dua produk ubat itu dilaksanakan berikutan lonjakan jualan ubat demam dan selesema minggu lalu.



Seorang jurucakap FairPrice berkata semalam, dasar itu bermula kelmarin dan rangkaian pasar raya itu telah meletakkan notis memaklumkan orang ramai mengenainya.



Menggesa para pelanggan untuk membeli hanya yang diperlukan , jurucakap itu menambah: " Kami juga menawarkan ubat demam dan selesema alternatif daripada jenama yang setanding untuk memastikan masyarakat mendapat akses kepada ubat-ubatan dan produk berkaitan kesihatan yang mereka perlukan."



Pelanggan Watsons pula dihadkan kepada maksimum enam produk Panadol sahaja, menurut rangkaian runcit kesihatan itu.



Kementerian Kesihatan (MOH) menarik perhatian pada Rabu lalu akan permintaan lebih tinggi untuk ubat jenama Panadol dan Nurofen dan ia mungkin menyebabkan masa lebih lama untuk mengisi bekalan.



Ia menambah, orang ramai juga harus menimbangkan untuk memilih ubat daripada pengeluar lain.



Kedua-dua Panadol dan Nurofen adalah jenama terkenal dan ubat-ubatan mereka mudah didapatkan dari pasar raya dan farmasi.



Kebanyakan peruncit membawa pelbagai lagi jenama lain untuk setiap jenis ubat, kata MOH.



Ini termasuk ubat bukan berjenama tetapi mempunyai kesan yang sama dengan ubat jenama popular.



Akhbar The Straits Times melaporkan pada 16 Disember lalu bahawa warga China di Singapura dilihat beratur di kaunter perkhidmatan kiriman cepat untuk menghantar bekalan perubatan ke negara asal mereka.



Ini menyusuli lonjakan kes Covid-19 di China, yang menyebabkan farmasi di sana kehabisan bekalan.



"Kita juga menasihatkan orang ramai supaya membeli ubat-ubatan khususnya ubat-ubatan kanak-kanak dalam kuantiti yang mencukupi untuk kegunaan sendiri bagi mengelak pembaziran," tambah MOH.



MOH turut menyatakan, pihaknya sedar peruncit dan farmasi runcit "telah menyaksikan peningkatan permintaan untuk ubat-ubatan yang boleh di beli tanpa preskripsi", sambil menambah ia sedang memantau keadaan ini. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >