Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran elektrik disemak demi lindungi lebih ramai pembeli: Gan Kim Yong

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Pasaran Tenaga (EMA) akan mempertingkatkan keperluan kawal selia ke atas peruncit elektrik bagi melindungi pengguna di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran, selepas beberapa peruncit menarik diri hujung tahun lalu.



Peruncit hanya boleh memasuki pasaran jika mereka mempunyai kekuatan kewangan yang mencukupi dan rancangan perniagaan yang mampan untuk bertahan ketika menghadapi ketidaktentuan pasaran.



Demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan semalam.



Kementerian itu berkata ia merancang untuk mengenakan modal yang lebih tinggi dan keperluan perlindungan nilai ke atas peruncit bagi memastikan mereka dapat mengatasi ketidaktentuan pasaran, dan perlindungan tambahan untuk pengguna jika peruncit menamatkan kontrak sebelum waktunya.



Ini antara rancangan untuk membaik pulih pasaran elektrik Singapura bagi menghadapi ketidaktentuan berterusan yang dijangkakan dalam pasaran tenaga global yang digegarkan oleh krisis sejak hujung tahun lalu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, di pembukaan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura semalam.



Pasaran elektrik Singapura "diuji dengan teruk" semasa krisis tenaga global baru-baru ini, dengan keluarnya enam peruncit elektrik tahun lalu, yang menunjukkan bahawa beberapa peruncit belum cukup bersedia terhadap ketidaktentuan pasaran dan telah mengambil kedudukan besar yang tidak dilindungi, kata Encik Gan.



Melangkah ke hadapan, keperluan kawal selia yang lebih ketat untuk peruncit akan diperkenalkan supaya "hanya peserta industri yang boleh dipercayai dengan kekuatan kewangan yang mencukupi dan usul perniagaan yang mampan akan dibenarkan untuk menjual elektrik kepada pengguna", tambahnya.



Encik Gan juga berkata EMA akan meneliti cara melindungi lebih ramai pembeli daripada harga yang tidak menentu dengan mengehadkan pasaran harga elektrik borong kepada mereka yang boleh bertahan dengan turun naiknya.



Beliau berkata pemerintah sedar bahawa penyesuaian itu akan mengurangkan fleksibiliti sesetengah peserta pasaran.



"Syarikat penjanaan tidak boleh menetapkan kapasiti baru seperti yang mereka kehendaki.



"Pengguna mungkin mempunyai kurang peruncit untuk dipilih. Sesetengah mungkin tidak dibenarkan membeli elektrik daripada pasaran elektrik borong.



"Walaubagaimanapun, langkah-langkah ini akan menghasilkan sistem kuasa yang lebih kukuh dan selamat," katanya.



Hingga semalam, pengguna isi rumah boleh membeli daripada sembilan peruncit elektrik, manakala pengguna perniagaan boleh membeli daripada 15.



Penambahbaikan ini untuk mengukuhkan struktur pasaran tenaga akan memudahkan peralihan Singapura kepada sumber tenaga yang lebih bersih sedang ia berusaha mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, kata Encik Gan.



Tahun ini, Singapura menghadapi kenaikan harga tenaga yang disebabkan oleh kekurangan dalam pengeluaran bahan api, yang dicetuskan oleh kekurangan pelaburan dalam projek tenaga dan diburukkan lagi oleh perang Ukraine, serta gangguan teruk dalam kuasa yang boleh diperbaharui di seluruh dunia, katanya.



"Harga minyak global melonjak dengan ketara dan mencecah lebih AS$130 setong pada kemuncaknya, sekitar 10 kali lebih tinggi daripada April 2020," kata Encik Gan.



Sebagai sebuah negara pulau yang mengimport hampir semua tenaganya, Singapura sudah pasti terjejas oleh pergolakan global, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >