Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pasaran elektrik terbuka kekal berdaya maju, namun asas perlu diperkukuh

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



PASARAN elektrik terbuka kekal berdaya maju meski dengan pengumuman berkaitan pengunduran beberapa penyedia runcit elektrik, namun "asasnya" perlu diperkukuh, tekan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan para Anggota Parlimen (AP) menyusuli pengumuman lima peruncit elektrik - iSwitch, Ohm Energy, Best Electricity, UGS and SilverCloud Energy - sepanjang tiga minggu lalu berhubung rancangan mereka untuk mengundur diri dari pasaran.



Masih terdapat baki sembilan peruncit elektrik dan lebih banyak peruncit mungkin mengundur diri atau memasuki semula pasaran bergantung pada berapa teruk keadaan dan tempoh kekurangan sumber tenaga yang dialami dunia sekarang.



Dr Tan berkata manfaat pasaran elektrik terbuka kekal, dengan menggariskan pilihan meluas serta fleksibiliti bagi pelanggan apabila membeli elektrik serta pelan harga runcit lebih murah.



"Sehingga kini, sekitar separuh daripada semua isi rumah, atau sekitar 746,000 akaun isi rumah, telah berpindah dengan membeli elektrik dari peruncit elektrik," tambahnya.



Berkenaan sama ada Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan menyemak bilangan peruncit yang diperlukan untuk mengekalkan pasaran elektrik, Dr Tan berkata "tiada nombor magik."



Beliau menambah terdapat persaingan secukupnya dalam pasaran hari ini, dan EMA akan kekal komited untuk memastikannya.



Buat masa ini, kesemua peruncit telah melalui proses semakan dan perlu mematuhi peraturan ketat sebelum mereka diberi lesen untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan dalam pasaran elektrik, tambah Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >