Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran saham dunia jatuh dek bimbang tentang China, Timur Tengah

Jan 05, 2016 | 08:15 AM



PASARAN saham di seluruh dunia menjunam pada Isnin (4 Jan) berikutan berita ekonomi buruk dari China dan peningkatan ketegangan di Timur Tengah.


Jualan panik besar-besaran pula menaikkan mata wang lebih selamat, seperti dolar Amerika Syarikat dan yen Jepun, dengan harga emas juga semakin meningkat.


Di Singapura, Indeks Straits Times (STI) juga jatuh, bersama pasaran serantau.


STI merosot 1.6 peratus kepada 2,835.97 mata, sementara saham Eropah dan Amerika juga jatuh dalam tawaran awal pagi Isnin dalam satu permulaan yang suram bagi tahun baru 2016.


Kemerosotan itu dicetuskan oleh krisis di pasaran saham China yang memaksa pengawal selia menghentikan perdagangan saham, niaga hadapan dan opsyen di kedua-dua pasaran saham, Shanghai dan Shenzhen, pada 1.28 petang Isnin selepas Index 300 CSI mewah menjunam 7 peratus. Itu kira-kira 90 minit sebelum bursa tersebut biasanya ditutup.


Kejatuhan terkini datang kira-kira enam bulan selepas saham China mengalami kejatuhan paling teruk dalam sehari pada 24 Ogos lalu. Indeks saham utama di Shanghai terhempas 8.49 peratus ketika itu.


Kali ini, kata pakar, penjualan mendadak berikutan data lemah daripada kaji selidik rasmi dan swasta ke atas sektor pengilangan ekonomi nombor dunia dua itu dan kejatuhan mendadak kadar pertukaran yuan.


Kaji selidik itu menunjukkan kegiatan pengilangan China mengecut bagi 10 bulan berturut-turut pada Disember, dan pada kadar lebih teruk daripada November, yang membawa kepada kebimbangan bahawa beberapa siri penurunan kadar faedah dan rangsangan fiskal gagal merangsang pertumbuhan lemah pengeluar China.


Selain itu, langkah-langkah yang diperkenal bagi membendung kejatuhan pasaran saham di China pada pertengahan 2015 akan tamat Jumaat ini. Ini membawa kepada kebimbangan mengenai penjualan besar oleh pemegang saham utama, kata pakar.


Ketegangan di Timur Tengah juga bertambah selepas pelaksanaan hukuman mati terbesar di Arab Saudi mencetuskan pergaduhan dengan Iran.


Harga minyak meningkat lebih 3 peratus kepada AS$38.40 ($54.74) setong dalam dagangan pada Isnin.


"Kebimbangan mengenai kesihatan ekonomi China disertakan dengan ketegangan meningkat di Timur Tengah telah bergabung untuk memastikan... permintaan kukuh bagi aset lebih selamat," kata ahli strategi Rabobank dalam satu nota.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >