Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan ada warga SG dalam setiap pekerjaan tidak 'realistik': See Leng

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



USAHA untuk memastikan terdapat warga Singapura dalam setiap pekerjaan adalah tidak 'realistik', kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ini sedang bilangan tenaga pekerja setempat adalah terhad, dan adanya cabaran pekerja menua, yang dapat dilihat daripada saiz kohort pekerja berusia yang lebih besar berbanding saiz kohort pekerja baru.



Dr Tan berkata demikian semasa menjawab soalan ketua pembangkang, Encik Pritam Singh, di Parlimen mengenai apakah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan mengkaji strategi baru untuk menggalakkan warga Singapura muda mengambil pekerjaan seperti juruelektrik dan tukang paip berlesen.



"Pendekatan yang kami ambil adalah untuk mempersiap tenaga kerja kita bagi pekerjaan yang mempunyai permintaan sedang ekonomi kita berubah.



"Adalah tidak realistik untuk berusaha membangun teras Singapura dalam setiap pekerjaan, sedang pekerja setempat kita terhad, dengan kohort yang menua adalah lebih besar daripada kohort yang memasuki tenaga kerja," ujar Dr Tan.



Dalam jawapannya, Dr Tan berkata agensi sektor bekerjasama dengan industri untuk melakar pelan pertumbuhan bagi 23 sektor, menerusi Perancangan Perubahan Industri (ITM).



Agensi sektor telah melancarkan strategi untuk membangun bakat setempat bagi pekerjaan yang mempunyai permintaan.



MOM juga melancarkan Perancangan Transformasi Pekerjaan (JTM) pada 2021 untuk menilai kesan teknologi ke atas industri dan tenaga kerja.



Dengan penilaian ini, pemerintah menyediakan pelbagai program untuk membantu pekerja pertengahan kerjaya untuk beralih ke pekerjaan baru, serta melatih semula dan mengerah pekerja dalam pekerjaan baru.



Secara keseluruhannya, tenaga kerja setempat mempunyai hasil pekerjaan yang baik, kata Dr Leng.



Sedang ekonomi berkembang, Singapura telah melihat peralihan ke arah kegiatan bernilai tinggi, serta pertumbuhan perkhidmatan moden seperti dalam bidang perkhidmatan kewangan dan insurans, serta perkhidmatan profesional.



Sejajar dengan itu, profil pekerjaan dalam ekonomi juga telah berubah.



Dari 2011 hingga 2021, bilangan pekerja setempat dalam pekerjaan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) telah meningkat daripada 52.7 peratus kepada 62.1 peratus.



Bilangan pekerja dalam pekerjaan bukan PMET pula merosot, kata Dr Tan.



Dari segi pekerja muda pula, kadar pekerjaan bagi penduduk berusia 25 tahun hingga 29 tahun kekal tinggi pada 85 peratus pada 2021. Kadar pengangguran bagi golongan ini kekal rendah pada 4.7 peratus pada 2021.



Peratusan pekerja setempat berumur 25 tahun hingga 29 tahun yang berada dalam pekerjaan PMET - adalah 75.5 peratus pada 2021 berbanding 67.0 peratus pada 2011.



Dalam pada itu, pendapatan median sebenar pekerja setempat sepenuh masa juga telah meningkat sebanyak 1.5 peratus setiap tahun dari 2011 hingga 2021, kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >