Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim laluan perjalanan orang divaksin mungkin diperluas

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG yang sudah divaksinasi dari lebih banyak negara dijangka dapat memasuki Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.



Ini menyusuli skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) yang berjaya dilaksana sejauh ini, dengan hanya satu kes Covid-19 dikesan sejurus tiba di Singapura daripada lebih 900 pengunjung yang memasuki negara ini di bawah skim tersebut.



Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata Singapura sedang berusaha memperluas VTL yang bermula pada 8 September lalu itu.



VTL kini membolehkan pengunjung dari Jerman dan Brunei yang telah divaksin sepenuhnya memasuki Singapura tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Bagaimanapun, mereka antara lain perlu menjalani empat ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 sebagai ganti SHN.



Encik Iswaran berkata tempoh dua minggu lalu sejak VTL dilaksana menunjukkan hasil yang baik, dengan kesemua lebih 900 pengunjung yang telah memasuki Singapura di bawah VTL mematuhi rejim ujian mandatori.



Menyifatkannya sebagai tanda yang baik, beliau berkata:



"Beberapa negara dan wilayah telah melahirkan minat mengadakan VTL dengan kami dan kami sedang giat berusaha memperluas skim itu dalam beberapa minggu dan bulan akan datang."



Beliau berkata demikian semasa berucap di Sidang MOT sempena ulang tahun ke-20 kementerian itu di Lifelong Learning Institute di Eunos, semalam.



Encik Iswaran berkata VTL yang dilancarkan selepas lebih 80 peratus penduduk negara ini sudah divaksinasi sepenuhnya itu merupakan langkah pertama yang amat penting bagi orang ramai memahami keperluan bagi setiap pihak yang terlibat dan membiasakan diri dengan berkunjung ke luar negara semula, sementara memastikan pematuhan dan hasil selamat yang diinginkan.



Ketika ditemui media, Encik Iswaran berkata kes tunggal jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengunjung yang memasuki Singapura di bawah VTL itu dikesan sejurus beliau tiba di sini.



"Kes tersebut kemudian diasingkan dan dikuarantin.



"Ini menunjukkan bahawa sistem ini berkesan dan kami bertambah yakin dengannya. Ini satu faktor yang penting sebelum kita mempertimbang untuk memperluasnya kepada negara lain," ujarnya.



Tambahnya, bagaimana pemerintah akan memperluas VTL itu dan dengan negara apa akan bergantung pada pertimbangan kesihatan awam serta penilaian operasi dan risiko yang perlu diambil kira.



Dalam pada itu, Encik Iswaran berkata keadaan industri penerbangan kini masih jauh berbeza dengan keadaan sebelum Covid-19 menular.



Lapangan Terbang Changi kini beroperasi di paras sekitar 3 peratus berbanding sebelum pandemik Covid-19 manakala syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) kini hanya membawa kira-kira 4 peratus daripada jumlah penumpang yang biasa dibawanya sebelum Covid-19.



Encik Iswaran menekankan bahawa pemerintah harus dan akan mengambil langkah untuk menghidupkan semula hab penerbangan negara dan mengembalikan keterhubungan.



Ini penting bagi ekonomi Singapura dan reputasi negara ini sebagai hab antarabangsa yang boleh dipercayai, ujarnya.



"Perjalanan udara global akan mengambil masa sebelum ia kembali pulih.



"Tapi... kami akan berusaha sedaya upaya untuk mastikan Changi dan SIA kembali maju," ujar beliau.




PASTIKAN CHANGI DAN SIA KEMBALI MAJU



"Perjalanan udara global akan mengambil masa sebelum ia kembali pulih.

"Tapi... kami akan berusaha sedaya upaya untuk mastikan Changi dan SIA kembali maju.''

- Menteri Pengangkutan S Iswaran




TIGA KEUTAMAAN MOT



Membina sistem dan prasarana pengangkutan yang:



1) Berdaya tahan



Sokong pemulihan sektor pengangkutan dan tetapkan kedudukan Singapura agar dapat pulih lebih kukuh selepas Covid-19



- Pastikan keterhubungan berterusan dengan dunia, usaha buka semula Singapura dengan selamat



- Lindung dan sokong pekerja pengangkutan dalam sektor yang terjejas



- Pastikan pekerja pengangkutan dapat rebut peluang dalam dunia selepas Covid-19



2) Kukuh



Sistem pengangkutan yang kukuh bagi Singapura yang dapat penuhi permintaan sekarang dan masa akan datang dengan



- memastikan prasarana dan khidmat sekarang berjalan lancar



- terus bina dan rancang bagi masa akan datang



3) Sedia menghadapi masa akan datang



Penuhi keperluan dan cabaran akan datang, tingkat kelebihan daya saing Singapura dengan



- beralih ke peluang baru dalam pengangkutan



- membangun dan sokong usaha mencapai masa hadapan yang rendah karbon dan berdaya tahan bagi iklim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >