Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pastikan sistem jagaan dapat tangani kes jangkitan Covid-19 elak kematian berlebihan

Ye Kung: SG juga tidak ambil sikap tegar dalam perlaksanaan dasar
Nov 02, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dapat mengelakkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 yang berlebihan dengan memastikan sistem penjagaan kesihatan dapat menangani kadar kes jangkitan dan dengan tidak bersikap tegar, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Encik Ong berkata Singapura telah mengambil kedua-dua strategi 'sifar Covid-19' dan strategi 'hidup dengan Covid-19', bergantung pada perkembangan keadaan jangkitan koronavirus di negara ini.



Beliau menambah bahawa negara ini juga dapat mengelakkan kes kematian yang berlebihan dengan memastikan sistem penjagaan kesihatan tidak terbeban, seperti yang dilihat di luar negara.



Beliau berkata demikian semasa di akhir perbahasan kenyataan menteri tentang kapasiti unit jagaan rapi (ICU) dan hospital bagi menangani kes Covid-19 yang dibentangkan Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Encik Ong berkata sistem penjagaan kesihatan di beberapa negara seperti Perancis, Italy, Malaysia dan Indonesia menghadapi tekanan apabila Covid-19 melanda di negara mereka, dengan mereka menghadapi cabaran dari segi kapasiti katil dan hospital.



"Doktor perlu memilih siapa yang mendapat katil, siapa yang tidak; siapakah mereka harus selamatkan dan siapa yang tidak diselamatkan. Itu merupakan tragedi manusia sedih yang berlaku dan harga besar yang mereka perlu tanggung untuk sampai ke keadaan hari ini. Kita tidak harus lupakan itu," kata beliau.



"Kita (Singapura) mengelakkan dan mengurangkan kematian dengan memastikan kita tidak melalui perkara yang dilalui negara lain," kata beliau.



Apabila Covid-19 mula melanda di sini awal tahun lalu, Encik Ong berkata Singapura telah mengambil pendekatan 'sifar Covid-19' dengan melaksanakan langkah-langkah ketat, yang mengakibatkan sempadan ditutup dan perintah kuarantin dikeluarkan.



Dengan itu, kadar kes jangkitan dan juga kematian dapat kekal rendah tahun lalu.



Setelah program vaksinasi nasional diperkenalkan dan sekitar 70 peratus penduduk telah divaksin menjelang Hari Kebangsaan, pemerintah mula membuka semula kegiatan secara berperingkat dan bukan secara sepenuhnya.



Ini demi memastikan sistem penjagaan kesihatan dapat menangani kadar kes jangkitan yang berlaku dan juga kes ICU dan individu yang sakit teruk.



"Inilah cara yang telah kita lakukan… Dengan setiap hari yang berlalu, lebih banyak vaksinasi dilakukan dan ada orang yang pulih dengan baik dan membina imuniti semula jadi, dengan kita dapat mengumpulkan antibodi dan daya ketahanan dalam masyarakat," kata beliau.



Encik Ong turut berkata beliau memahami orang ramai mahu hidup kembali kepada keadaan normal tetapi ia akan mengambil masa.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapannya kepada negara pada awal bulan lalu berkata Singapura akan meneruskan strategi 'hidup dengan virus', dengan 'normal baru' yang dijangka dicapai antara tiga dan enam bulan lagi.



"Saya tahu anggota dalam Dewan ini, termasuk diri saya sendiri, berharap kehidupan dapat kembali kepada keadaan normal, kita dapat keluar makan dengan lima orang atau lebih, mengadakan majlis perkahwinan dan acara dengan sempurna, kembali ke acara akar umbi dan masyarakat," kata Encik Ong.



"Kita semua mahu melakukan itu dan saya rasa kita akan sampai ke tahap itu dengan terus mengikuti laluan ini, membina antibodi kita hari demi hari... Banyak negara telah melalui proses ini dan mencapai tahap itu dan kita juga akan mencapai tahap itu," tambah beliau.




“Doktor perlu memilih siapa yang mendapat katil, siapa yang tidak; siapakah mereka harus selamatkan dan siapa yang tidak diselamatkan. Itu merupakan tragedi manusia sedih yang berlaku dan harga besar yang mereka perlu tanggung untuk sampai ke keadaan hari ini. Kita tidak harus lupakan itu. Kita (Singapura) mengelakkan dan mengurangkan kematian dengan memastikan kita tidak melalui perkara yang dilalui negara lain.”
– Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkongsi pengalaman negara lain yang hadapi cabaran dari segi kapasiti katil dan hospital.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >