Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan berbilang agensi main peranan penting pastikan tempat kerja selamat

Zaqy: Langkah di peringkat sektor juga diperlukan
Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Bertindak Keselamatan Tempat Kerja Berbilang Agensi (Mast) akan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga pengerusi Mast, berkata demikian menyusuli mesyuarat pertama pasukan bertindak itu kelmarin.



Lebih daripada langkah meluas dan Keselamatan Dipertingkat Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Zaqy berkata langkah di peringkat sektor juga diperlukan.



"Ini untuk mengambil kira risiko dan konteks operasi unik setiap sektor.



"Dengan itu, kita boleh mencapai peningkatan jangka panjang dan berdaya tahan dalam bidang keselamatan tempat kerja secara menyeluruh," ujarnya.



Mast, yang merangkumi wakil daripada agensi pemerintah utama, turut dianggotai Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; serta Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.



Menurut kenyataan MOM semalam, sebuah panel pakar industri setempat dan antarabangsa juga akan menasihatkan Mast serta menawarkan perspektif baru untuk memperkukuh keselamatan tempat kerja dalam semua sektor.



Tambahnya, Mast akan kerap mengadakan mesyuarat, mendekati pihak berkepentingan utama dan pakar serta berkongsi maklumat terkini pada suku kedua tahun depan.



Mast dibentuk sebagai sebahagian daripada langkah Keselamatan Dipertingkat yang diumumkan MOM baru-baru ini, dengan matlamat khusus mengenal pasti inisiatif dan strategi tambahan untuk memperkukuh hasil keselamatan.



Antara lain, Mast bertujuan mengenal pasti dan melaksana strategi di peringkat sektor yang boleh melengkapi strategi MOM bagi semua sektor untuk terus mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan di tempat kerja.



Menurut MOM, Mast juga bertujuan memperkukuh usaha pendekatan di peringkat sektor dengan syarikat untuk menekankan pentingnya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >