Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pasukan respons cemas diusul bantu mangsa keganasan domestik risiko tinggi

Antara langkah dalam Rang Undang-Undang Pindaan Keganasan Keluarga bagi perkukuh perlindungan untuk mangsa penderaan
May 10, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH pasukan respons kecemasan 24 jam akan hadir apabila berlaku kes keganasan keluarga berisiko tinggi untuk melindungi mangsa, sebagai sebahagian pindaan yang disaran ke atas Piagam Wanita bagi mengukuhkan perlindungan untuk mangsa penderaan.



Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keganasan Rumah Tangga (DVERT) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan dikerah oleh polis, apabila mereka menerima laporan berkaitan pengganasan domestik yang memerlukan keprihatinan keselamatan segera untuk mangsa.



Pegawai daripada pasukan respons itu boleh mengeluarkan Perintah Kecemasan di tempat kejadian, yang mungkin meliputi melarang pelaku berada di rumah itu dan tempat yang sering dilawati mangsa, serta daripada menghubungi mangsa.



Perintah tersebut sah selama 14 hari, bagi memberi mangsa cukup masa untuk memohon perintah perlindungan peribadi (PPO), satu perintah mahkamah yang melarang seseorang melakukan keganasan terhadap seorang anggota keluarga.



Sebarang pelanggaran Perintah Kecemasan oleh pelaku akan menjadi kesalahan yang membawa kepada tangkapan.



Pada masa ini ada jurang masa antara insiden keganasan keluarga dengan masa PPO dikeluarkan, yang bermakna pendera berkemungkinan mencederakan mangsa semasa tempoh itu.



Pasukan respons baru itu salah satu langkah di bawah Rang Undang-Undang Pindaan Keganasan Keluarga yang diperkenal di Parlimen pada Selasa.



Rang itu juga bertujuan menangani isu mangsa enggan memohon PPO meskipun beliau dalam bahaya, dengan memperkasa pihak ketiga tertentu, seperti pengarah agung kebajikan sosial dan mereka yang diluluskan olehnya, memohon PPO bagi pihak mangsa.



MSF berkata mangsa mungkin enggan memohon PPO akibat pengaruh pelaku ke atasnya, dan keinginan mangsa mengekalkan hubungan walaupun ia menjejas dirinya.



Mahkamah akan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk pengalaman mangsa, sebelum membuat keputusan apakah munasabah untuk mendapatkan PPO bagi pihak mangsa.



Mereka yang diluluskan oleh pengarah agung, dipanggil pelindung, juga akan dibenarkan memasuki rumah bagi mengakses dan mendapatkan maklumat atau bukti mangsa yang mengalami keganasan keluarga.



Pada masa ini kelulusan mangsa diperlukan, namun mereka mungkin enggan bekerjasama atau berkongsi maklumat.



Bagi mangsa yang mungkin enggan membuat laporan apabila pelaku melanggar PPO, rang itu akan membenarkan pelindung masuk campur dan memohon pemantauan elektronik ke atas pendera, jika terdapat syak wasangka munasabah bahawa PPO telah dilanggar dan mangsa mungkin telah dianiaya.



Pemantauan elektronik, dilakukan menerusi penjejakan, akan memastikan pendera tidak berada dekat secara fizikal dengan mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >