Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan Singa terikat 1-1 menentang Hong Kong

Mar 23, 2023 | 10:27 PM



DUA gol pertama Lionel Tan untuk Singapura menyekat pasukan Singa 1-1 menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan ‘A’  di Stadium Mong Kok di Hong Kong pada Khamis (23 Mac).



Pemain pertahanan Lion City Sailors itu mempunyai permulaan baik dalam penampilan sulungnya untuk pasukan Singa apabila menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-20.



Hantaran ‘flick’ Taufik Suparno dari sepakan sudut Zulfahmi Arifin menjumpai Tan yang merembat masuk gol pertamanya untuk pasukan Singa.



Bagaimanapun, nasibnya berubah tiga minit sebelum waktu rehat ketika halangan Tan membolosi gawang rakan sepasukan, Hassan Sunny, untuk menjaringkan gol sendiri.



Malam ini, jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya menurunkan pasukan yang dianggap baru tanpa kapten Hariss Harun dan beberapa pemain tetap seperti Irfan, Ikhsan dan Ilhan Fandi, serta Song Uiyoung dan Shahdan Sulaiman.



Pemain veteran Hassan terus mengisi gawang Singapura. Pertahanan negara terdiri daripada M. Anumanthan, Tan, Irfan Najeeb dengan Glenn Kweh dan Hafiz Nor dikerahkan sebagai bek sayap.



Zulfahmi, Hami Syahin dan Ho Wai Loon dipilih mengawal midfield, manakala Taufik dan Sahil Suhaimi memimpin serangan Singa.



Hong Kong lebih rancak merancang serangan sepanjang perlawanan tetapi Singapura beruntung penyerang mereka kurang tajam di depan penyokong sendiri. 



Kedua-dua pasukan cuba mencari gol kemenangan dalam separuh kedua tetapi masing-masing gagal merebut peluang jaringan sehingga wisel penamat.



Singapura seterusnya berdepan Macau pada 26 Mac di Stadium Olimpik Macau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >