Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pawagam The Projector henti operasi buat sementara

May 25, 2021 | 05:30 AM



PANGGUNG wayang bebas The Projector akan menghentikan operasi dari 31 Mei hingga 13 Jun.



Ini menjadikannya pengendali kedua Singapura dalam beberapa hari untuk secara sukarela berhenti ekoran suasana perniagaan sukar akibat langkah pengurusan Covid-19.



Minggu lalu, Filmgarde Cineplexes mengumumkan bahawa ia akan menutup kesemua tiga panggung wayangnya sehingga keadaan kembali pulih.



Pada Sabtu lalu, The Projector mengumumkan di akaun Instagramnya bahawa ia akan menutup lokasi utamanya di Golden Mile Tower dan lokasi sementara di Riverside Point.



Panggung wayang itu yang memberi tumpuan terhadap kerja-kerja kesenian merupakan pemain kecil dalam industri yang didominasi panggung wayang Golden Village (14 cawangan), Shaw Theatres (sembilan cawangan) dan Cathay Cineplex (lapan cawangan).



Di bawah peraturan baru, yang berakhir pada 13 Jun, panggung wayang hanya boleh membenarkan sehingga 50 orang di dalam sesebuah dewan bagi setiap pertunjukan tanpa ujian pra acara.



Saiz kumpulan juga dihadkan kepada dua dan langkah pengurusan selamat perlu dipatuhi.



Makanan dan minuman juga tidak dibenarkan di dalam panggung wayang.



Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times, pengurus besar The Projector Encik Prashant Somosundram menukil "bilangan penonton yang amat tersekat, tiada penjualan makanan dan minuman di premis, geran sokongan pekerjaan rendah serta tiada bantuan sewa" sebagai sebab tentang penutupan sementara itu.



"Sekatan ini adalah yang paling teruk sejak permulaan Covid-19," katanya.



Penjualan makanan di tapak panggung wayang amat penting kerana, tidak seperti restoran, ia tidak boleh beralih kepada khidmat penghantaran, tambahnya.



Makanan ialah sebahagian daripada pengalaman menonton filem, katanya, dan apabila penonton tidak boleh makan di kedai makanan Intermission Bar di panggung wayang itu atau restoran berdekatan kerana sekatan, menonton wayang telah kurang daya tarikannya.



"Kami telah menyarankan kepada pengunjung agar makan makanan yang boleh dibawa pulang di taman yang berdekatan tetapi ini bergantung kepada cuaca.



"Ini telah menyebabkan kemerosotan daripada segi bilangan pengunjung ke panggung wayang," katanya.



Dengan kesemua 21 kakitangan panggung wayang itu kini sedang mengambil cuti tidak berbayar semasa penutupan itu, kos operasi akan dapat dikurangkan, katanya.



Pos Instagram panggung wayang itu menggalak penyokongnya agar menonton filem di laman penstriman Projector Plus di laman theprojector.com, yang akan terus beroperasi semasa penutupan sementara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >