Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: KEPERCAYAAN PADA PEMERINTAH

Pegawai awam, pemimpin politik berperanan kekalkan kepercayaan tinggi terhadap pemerintah: Murali

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



TUGAS pengawai Perkhidmatan Awam dan pemimpin politik serta latihan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore) yang dikendalikan pasukan kepimpinan 4G adalah faktor penting untuk Singapura memastikan bahawa tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pemerintah masa kini dapat dikekalkan, kata Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok).



Beliau berkata demikian dalam hujahnya ketika membuka perbahasan mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada Isnin.



Di Parlimen, Encik Murali berkata kepercayaan yang dibina antara rakyat dan pemerintah hari ini boleh hilang dengan mudah esok.



Berdasarkan laporan Edelmen Trust Barometer 2023 yang diterbitkan pada Mac, kepercayaan terhadap pemerintah Singapura sebagai sebuah institusi adalah antara yang tertinggi dalam kalangan negara-negara.



"Tetapi, kita tidak berada dalam kelompok tiga negara teratas. Jadi kita tidak sepatutnya berkelakuan seolah-olah kita sudah di tahap itu," ujar beliau.



"Kepercayaan tidak boleh diandaikan; ia perlu dibina dan dipupuk dengan teliti."



Puan Halimah menekankan dalam ucapannya bahawa kepercayaan dan perpaduan adalah kunci untuk menangani keutamaan Singapura, yang termasuk memastikan kedudukan negara ini pada mata dunia, mengembangkan ekonomi dan menyegarkan sosial kompak.



Encik Murali berkata Perkhidmatan Awam memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepercayaan antara rakyat dan pemerintah, dan akan terus memainkan peranan penting pada masa hadapan.



Pegawai Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan mengutamakan keperluan rakyat sambil mencari keseimbangan antara mencapai objektif dasar dan menangani setiap kes dengan sebaiknya, kata beliau.



Walaupun itu, ia tidak bermakna semua rayuan rakyat diberikan secara automatik, tidak kira merit, tambahnya.



"Jauh sekali," kata Encik Murali. "Tumpuan yang saya beriklan ialah prosesnya. Rakyat kita mesti merasakan bahawa mereka didengari, pandangan mereka dipertimbangkan dengan serius, dan mereka menerima penjelasan yang sewajarnya dengan penuh hormat walaupun mereka tidak bersetuju dengan keputusannya."



Mengenai ahli politik negara ini, Encik Murali menggesa mereka supaya menolak perbezaan satu sama lain dan bekerjasama.



Mereka juga harus memperbesar titik persamaan mereka selain meraih kekuatan daripada perspektif masing-masing yang pelbagai.



"Kita ahli politik adalah yang terbaik apabila kita mengemukakan hujah kita dalam cara yang berhati-hati, mengiktiraf keseimbangan yang wujud dalam setiap cadangan dasar yang kita buat dan mengemukakan hujah yang kukuh tentang mengapa kita berasa keseimbangan diperlukan," kata beliau.



Encik Murali berkata Singapura sentia-sa memilih pendekatan sederhana dan tidak dramatik untuk menyelesaikan masalah dan prosiding parlimen tidak seharusnya dijadikan arena untuk "hiburan" yang selalu dilihat di negara lain.



"Ini akan menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat kita terhadap mereka yang dipilih menjadi wakil rakyat. Itu akan menjadi sangat buruk bagi Singapura," ujarnya lagi.



Selain itu, latihan Melakar Hala Tuju Singapura dapat memperkukuhkan kompak sosial dan membina masa depan cerah negara.



Encik Murali berkata "sedang negara bergerak ke depan, kita tidak harus melupakan nilai-nilai yang membolehkan kita berkembang maju sebagai sebuah negara".



Latihan itu juga memberi peluang untuk pemerintah mendengar pandangan dan idea belia mengenai visi mereka tentang masa depan negara, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >