Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan lebih holistik di era Covid

Pegawai ICA: Sepadukan latihan digital dengan fizikal lebih berkesan

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



Walaupun wabak Covid-19 telah memaksa kebanyakan agensi serta tempat kerja untuk lebih mengamalkan kemudahan digital dalam melaksanakan tugas seharian, bagaimana pula dengan latihan yang diberi kepada pegawai penguatkuasaan agensi di bawah Home Team? Ternyata, terdapat beberapa individu yang telah memanfaatkan teknologi serta ciri-ciri alam maya untuk mempertingkatkan taraf latihan yang diberikan kepada pelatih pegawai penguatkuasaan. BERITA HARIAN (BH) telah menemui pegawai daripada Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) baru-baru ini yang telah mencipta sistem pembelajaran yang lebih holistik bagi pelatih kursus penguatkuasaan dengan menggunakan teknologi.




LATIHAN penguatkuasaan yang dilakukan dalam talian tidak bermakna ia terhad kepada batasan dalam ruang bilik darjah atau di rumah.



Lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 ini, dengan kebanyakan latihan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah dipindahkan ke wadah digital agar pegawai terus mematuhi langkah jarak selamat.



Bagi Jurulatih Spesialis, Inspektor Pusat Pemeriksaan Satu (CI(1)) Muhammad Latiff, penyesuaian ini bukan dianggap sebagai satu batasan buatnya yang mengendalikan kursus Latihan Responder Pertama Keselamatan dan Perlindungan dan kursus Komand Pusat Pemeriksaan Bersepadu.



Malah dengan memanfaatkan serta menyepadukan teknologi - seperti kaedah Zoom dan Skype - dengan elemen latihan fizikal, latihan secara dalam talian sebaliknya membolehkan pegawai berlatih 'di luar darjah,' kata Jurulatih Utama, Komand Latihan ICA berusia 39 tahun itu.



Menerusi ciri penstriman secara langsung Zoom, CI(1) Muhammad dapat mencipta sebuah pakej latihan di mana pelbagai senario yang bakal dihadapi pegawai ICA ketika menjalankan tugas ditayangkan secara langsung di sebuah skrin di auditorium yang mana pelatih perlu membentangkan bagaimana mereka akan mengendalikan senario itu.



"Antara senario yang telah saya cipta adalah mereka yang tiba ke sini enggan mengikut perintah atau bersikap ganas ketika di pusat pemeriksaan," kata CI(1) Muhammad.



"Saya akan mencipta senario ini secara spontan dengan jurulatih lain - agar pegawai yang sedang menonton penstriman ini di auditorium tidak dapat menjangkakan apa yang akan jadi - seolah-olah ia situasi benar."



CI(1) Muhammad berkata, senario siaran langsung itu dirakam dengan menggunakan telefon bimbitnya menerusi Zoom dan setelah pelatih ICA menonton penstriman itu di auditorium, mereka perlu membentangkan kepada jurulatih lain apa tindakan mereka jika terjadinya senario tersebut.



Tindakan pelatih itu kemudian akan dinilai oleh jurulatih sama ada ia merupakan tindakan wajar atau tidak.



Atas sumbangan CI(1) Muhammad dalam membina sistem pembelajaran seperti ini, beliau telah berjaya meraih Kepujian Istimewa, dalam Anugerah Kecemerlangan Latihan Home Team (Trax).



Menyusuli manfaat latihan dalam dunia maya, beliau berkata meskipun latihan ini tidak membabitkan latihan fizikal - ia sebaliknya menggambarkan keadaan realistik yang bakal dihadapi ketika menjalankan tugas.



CI(1) Muhammad menjelaskan, sebelum latihan ini dipindahkan secara online, pegawai yang menjalani latihan seperti ini secara fizikal akan melakukannya secara berkumpulan dan salah satu antara mereka harus bertindak menjadi seorang penjahat dan sebagainya.



"Langkah seperti itu mengambil banyak masa dan kadangkala, pegawai yang harus berlakon itu tidak melakukannya dengan sirius, sekali gus menggugat keberkesanan latihan ini," jelas beliau lagi.



"Jadi dengan cara latihan baru ini saya akan mengarahkan seorang jurulatih untuk berlakon menurut senario yang saya inginkan, dan kemudian saya akan merakamkan kejadian itu secara langsung kepada pegawai yang sedang menontonnya di auditorium.



"Dengan menyepadukan latihan digital dan fizikal seperti ini - saya kira - latihan digital sebenarnya membolehkan kita melangkaui batasan dalam bilik darjah," kata CI(1) Muhammad lagi.



Beliau menambah, latihan dalam talian ini akan terus diperluas dan digunakan agar dapat menawarkan latihan yang lebih holistik walaupun sesudahnya wabak Covid-19 nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >