Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai keselamatan perlu dihormati, penganiayaan tidak akan dibiarkan: Agensi

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



PEGAWAI keselamatan diambil kerja untuk berkhidmat kepada masyarakat dan perlu diberi penghormatan sewajarnya, kata Presiden Persatuan Agensi Keselamatan Bertauliah (ACSA), Encik John Vijayan Vasavan, sebagai respons kepada kejadian melibatkan pegawai keselamatan berusia 56 tahun yang cedera apabila ditolak seorang pemandu kereta yang memasuki laluan teksi yang dihalang.



Encik Vijayan berkata penganiayaan terhadap pegawai keselamatan yang sedang bertugas tidak dapat diterima dan pihaknya berbesar hati bahawa polis telah mengambil tindakan cepat.



Polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu yang berlaku pada 6 November tahun lalu.



Kejadian itu mendapat perhatian apabila butiran kejadian tersebut dikongsi di Facebook oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) minggu ini.



Dalam kejadian itu, pegawai keselamatan itu memberi isyarat agar pemandu kereta jenis SUV tersebut berhenti apabila dia memandu masuk laluan yang dihalang di tempat menurunkan penumpang di United Square di Novena.



Namun pemandu BMW X5 tersebut keluar daripada kereta dan didakwa menolak pegawai itu sehingga beliau jatuh, menyebabkan pegawai tersebut mengalami keretakan di tapak tangan dan kecederaan di bahagian bawah belakangnya.



Mengulas tentang kejadian itu, Encik Vijayan berkata ACSA amat sedih dengan penganiayaan fizikal terhadap pegawai keselamatan yang sedang bertugas.



"ACSA mengutuk tingkah laku yang tidak sesuai dan tidak dijangkakan seperti itu terhadap seorang pegawai keselamatan yang dikerah untuk memastikan kemudahan itu selamat," katanya.



Beliau yakin bahawa keadilan akan ditegakkan dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap lelaki yang menganiaya pegawai keselamatan itu.



Beliau berharap pegawai keselamatan tersebut cepat sembuh dan memujinya kerana melaksanakan tanggungjawab dengan tekun.



USE, yang sedang membantu pegawai keselamatan tersebut dan memberinya dana bantuan pantas, berkata lelaki itu masih di bawah cuti perubatan disebabkan serangan yang berlaku.



Kesatuan tersebut tidak mendedahkan nama pegawai mahupun butiran majikannya tetapi memberi akhbar The Straits Times salinan disunting laporan polis yang dilakukannya.



Lelaki yang cedera itu menulis bahawa beliau telah bekerja sebagai pegawai kanan keselamatan di United Square selama sekitar lima tahun sebelum kejadian tersebut, apabila beliau dikerahkan mengawal trafik di tempat menurunkan penumpang di pusat beli-belah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >