Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pegawai polis dijel 9 bulan kerana cabul dua rakan kerja wanita semasa bertugas

May 16, 2023 | 05:30 AM



SEORANG pegawai polis telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan berhubung kes mencabul kehormatan dua pekerja wanita bawahan semasa bertugas dalam kejadian berasingan.



Lelaki itu, yang melakukan kesalahan tersebut antara 2015 dan 2019, mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan satu tuduhan menghina kehormatan wanita.



Tujuh lagi tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Butiran mengenai lelaki itu, mangsa, tempat kerja dan pangkat mereka tidak boleh didedahkan.



Pegawai polis tersebut telah dihentikan dari tugas operasi pada September 2019 dan telah digantung perkhidmatan mulai 12 April 2022 selepas siasatan selesai.



Dia menyasarkan mangsa pertama pada Ogos atau September 2017 ketika meronda bersamanya.



Pesalah menyasarkan mangsa kedua ketika mereka memberi respons kepada permintaan bantuan polis antara 8.40 malam dengan 9.50 malam pada 25 Oktober 2015.



Dalam satu kenyataan kepada The Straits Times pada Isnin, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata ia akan memulakan tindakan dalaman terhadap pesalah itu berikutan sabitan kesalahannya.



Jurucakapnya menambah: "Pegawai (SPF) dijangka mematuhi undang-undang dan mengekalkan standard disiplin dan kewibawaan yang tinggi. Kami bertindak tegas terhadap pegawai yang melanggar undang-undang, termasuk mendakwa mereka di mahkamah.



Ikat jamin pesalah itu ditetapkan sebanyak $15,000 pada Isnin dan dia dijangka menyerah diri di Mahkamah Negara pada 6 Jun untuk mula menjalani hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >