Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam bantu hurai masalah sebagai pengantara, elak tikai di mahkamah

Oct 07, 2023 | 05:30 AM



Mahkamah patut jadi pilihan terakhir.

Encik Mohamed Fazal Abdul Hamid, seorang peguam, memberi pandangannya itu selepas melihat berbilang kes penceraian mahkamah dalam pengalaman sembilan tahun sebagai peguam di firma guaman I.R.B. Law LLP.

Setelah menyaksikan bagaimana pengantara atau orang tengah boleh membantu keluarga mengatasi perbezaan dan berpisah secara baik, Encik Fazal berminat menceburi bidang pengantara.

Dan pada Khamis, Encik Fazal telah dilantik sebagai pengantara masyarakat di Majlis Pelantikan Pengantara dan Makan Malam Penghargaan (MACAD) 2023, di Hotel Singapore Marriott Tangs Plaza, anjuran Kementerian Undang-Undang.

Majlis ini turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, serta Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.

Encik Fazal, rakan kongsi di firma tersebut sejak 2017, turut memiliki kelulusan Sarjana Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa dari Universiti London, serta Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Murdoch.

Semasa ditemui Berita Harian, Encik Fazal berkongsi pandangannya daripada pengalaman pengantaraan masa lalu dalam kes mahkamah:


“Dalam konteks kes keluarga, pengantaraan yang baik dapat menghasilkan pasangan yang masih dapat menjaga hubungan mereka walaupun bercerai. Ini penting terutama jika mereka masih perlu bekerjasama untuk menjaga anak mereka.”

Semasa mengendalikan kes-kes komersial, Encik Fazal secara konsisten menasihati kliennya untuk berkompromi kerana lebih menjimatkan masa dan wang yang berharga.

Berhasrat untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat, beliau memutuskan untuk menjadi sukarelawan dalam Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Undang-Undang pada Khamis, 80 peratus daripada lebih 11,000 kes pengantaraan sukarela yang diurus CMC berjaya dihuraikan sejak 1998.

Kes-kes ini merangkumi pertikaian antara jiran, anggota keluarga, rakan, rakan sekerja, tuan tanah, penyewa dan pelbagai hubungan interpersonal yang lain.

“Saya berbesar hati kerana dapat menyumbang ke arah membina masyarakat yang lebih teguh dan bersatu padu di mana orang ramai boleh menyelesaikan pertikaian mereka secara aman,” kata pensyarah di Institut Ramlah Daing Abdul Kadir dan Kaplan Singapura itu.

“Pengantaraan hanya berfungsi jika semua pihak mempunyai fikiran terbuka, mengelakkan pemikiran menang-kalah dan sebaliknya bekerjasama untuk mencapai penyelesaian bersama,” tambahnya yang menggalak orang senasib dengan klien-kliennya untuk menjalani pengantaraan di peringkat awal.

Beliau yang kini mengejar diploma dalam pengajian Islam dan Undang-Undang Syariah di Taqua TC, bersyukur mendapat sokongan padu isterinya, Cik Nurhafizah Mazlan, 31 tahun, seorang guru, yang membantu menjaga anak pertama mereka yang baru lahir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >