Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam dihukum penjara dera bekas temanita

Jan 27, 2017 | 08:29 AM



SEORANG wanita mendera bekas temanitanya berusia 19 tahun, memaksa mangsa menangggalkan pakaian dan mengancam sama ada beliau tinggal di apartmen itu atau keluar dalam 'beg mayat'.



Lydiawaty Abdul Rahman juga mengelar lengan mangsa dengan pisau di apartmen tingkat tiga di Jalan Novena Barat pada 10 Feb 2014.



Pada 6 Januari lalu, selepas perbicaraan 12 hari, peguam korporat berusia 32 tahun itu, yang memiliki ijazah sarjana dalam undang-undang perlembagaan dan hak asasi manusia serta seorang usahawan, didapati bersalah terhadap lima pertuduhan.



Dia dijatuhi hukuman enam bulan dan tiga minggu penjara dan denda $1,000 pada Khamis (26 Jan), tetapi kini bebas dengan ikat jamin sementara menunggu rayuannya.



Lydiawaty dan mangsa berkenalan melalui Craigslist pada Mei 2012 dan memulakan hubungan. Remaja itu kemudian mahu menamatkan hubungan kerana Lydiawaty ganas.



Menurut mangsa, beliau ke apartmen itu kerana Lydiawaty mengadu dalam kesusahan.



Setelah tiba, Lydiawaty mengunci pintu. Pertengkaran berlaku dan remaja itu ditumbuk, diseret ke bilik tidur dan dipaksa menanggalkan pakaian yang kemudian digunting. Dia juga mengancam mangsa dengan pisau hiasan.



Mangsa kemudian melarikan diri dalam keadaan bogel dengan memanjat tingkap, melompat turun ke tingkat dua dan berlindung di rumah jiran.



Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana meminta mahkamah mengenakan sekurang-kurangnya lapan bulan sementara peguam Lydiawaty, Encik Shashi Nathan, meminta tidak lebih daripada satu bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >