Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Peguam wakili wanita yang tidak pakai pelitup di MBS

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peguam wakili wanita yang tidak pakai pelitup di MBS

Aug 13, 2021 | 05:30 AM

SEORANG peguam tampil di mahkamah semalam untuk mewakili Phoon Chiu Yoke (gambar), 54 tahun, sedang dia dijangka mengaku bersalah.

Encik Amos Cai daripada syarikat guaman Yuen Law tampil untuk mewakili Phoon, yang menghadapi 22 tuduhan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi ndang-undang berkaitan Covid-19.

Beliau bercakap seketika dengan Phoon, dan mengesahkan pelantikan sebagai peguam wanita itu.

Semasa perbicaraan, Encik Cai beritahu mahkamah bahawa beliau dilantik keluarga Phoon.

Beliau meminta supaya perbicaraan ditangguhkan selama dua hingga tiga minggu.

Hakim Daerah Carol Ling berkata bahawa persidangan praperbicaraan akan ditetapkan pada Jumaat petang.

Ini supaya Encik Cai dapat berkongsi perkembangan terkini setelah berbincang dengan Phoon.

Wanita itu, yang kini ditahan sejak jaminannya dibatalkan pada 24 Julai, muncul melalui pautan video dengan kemeja hitam dan putih.

Dia memakai pelitup yang ditarik di bawah dagunya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3