Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam yang juga AP, Christopher de Souza, didapati bersalah atas salah laku profesional

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



PEGUAM, Encik Christopher de Souza, didapati bersalah atas salah laku profesional oleh sebuah tribunal disiplin.



Encik de Souza, yang merupakan Timbalan Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen (AP) GRC Holland-Bukit Timah, didapati bersalah atas tuduhan berkaitan kelakuannya semasa beliau bertindak untuk kliennya, Amber Compounding Pharmacy dan Amber Laboratories.



Tribunal itu mendapati Encik de Souza tidak membuat pendedahan penuh dan terus terang kepada mahkamah apabila beliau menyedari anak guamnya telah melanggar syarat perintah pencarian.



Malah, beliau membantu anak guamnya menyediakan dan memfailkan afidavit yang tidak mempamerkan dokumen tertentu yang akan mendedahkan bahawa Amber telah melanggar janjinya, menurut laporan The Straits Times (ST).



Kes itu tertumpu pada Amber mendapatkan dokumen tertentu melalui perintah pencarian pada 2018. Ia menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat laporan kepada agensi penyiasatan tertentu.



Ini melanggar janjinya untuk tidak menggunakan dokumen itu tanpa perintah lanjut.



Semua ini berlaku sebelum Encik de Souza dan firmanya Lee & Lee mengambil alih perkara itu. Beliau kemudian menyedari pelanggaran yang dilakukan oleh Amber.



Walaupun begitu, beliau membantu seorang wakil Amber, Encik Samuel Sudesh Thaddaeus, memfailkan afidavit pada 28 Januari 2019, yang tidak mendedahkan pelanggaran tersebut.



Dalam laporan yang diterbitkan kelmarin, tribunal dua anggota itu - terdiri daripada Peguam Kanan Encik N. Sreenivasan dan Encik Pradeep Pillai - berkata Encik de Souza tahu mengenai kewajipan untuk mendedahkan penggunaan dokumen dan maklumat sebelum ini.



"Kami berpandangan bahawa kegagalan untuk membuat pendedahan penuh dan terus terang itu sama dengan penyelindungan bukti oleh Amber, dan dengan memfailkan afidavit sokongan, responden adalah pihak kepada dan membantu dalam penyelindungan itu," kata tribunal itu.



Tribunal itu mendapati terdapat sebab yang cukup berat bagi Encik de Souza untuk menghadapi tindakan disiplin di hadapan Mahkamah Tiga Hakim atas satu daripada lima tuduhan yang dikemukakan oleh Persatuan Undang-Undang terhadapnya. Tribunal itu menolak empat lagi tuduhan.



Dihubungi, peguam Encik de Souza dari WongPartnership berkata: "Tidak ada persoalan bahawa Encik de Souza telah bertindak dengan penuh integriti dalam menjalankan perkara ini pada setiap masa. Empat daripada lima tuduhan telah ditolak.''



Berkenaan baki tuduhan, peguam itu menyatakan mereka akan menentangnya dan berhujah bahawa ia juga harus ditolak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >