Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERTAHANAN

Pejabat baru dirancang bagi sokong pelan kehijauan SAF

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH Pejabat Kemampanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) baru akan ditubuhkan dalam usaha menyokong pelan kehijauan SAF, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.



Pejabat ini akan melaporkan diri kepada Ketua Turus-Staf Bersama SAF, yang akan menyandang peranan Ketua Pegawai Kemampanan SAF, dengan pejabat itu akan diberikan nasihat oleh Panel Penasihat Luar yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang.



Dalam bahas Belanjawan bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) di Parlimen semalam, Dr Ng berkata menjelang 2030, Mindef/SAF akan mengurangkan kenaikan pengeluaran keseluruhan karbon sebanyak dua pertiga berbanding tahap biasa hari ini menggunakan sistem semasa.



Menjelang 2050 pula, kementerian itu mahu mengurangkan separuh pengeluaran 2030 selaras dengan strategi nasional negara ini.



Ini akan dilakukan menerusi tiga inisiatif hijau utama - pengeluaran karbon, air dan buangan - dengan sasaran utama bagi SAF menjadi lebih hijau, kata Dr Ng.



Antaranya, mereka akan berusaha mencapai standard Anugerah Tanda Hijau Platinum Tenaga Amat Rendah (Green Mark Platinum Super Low Energy) bagi semua bangunan besar dan dipertingkat di mana boleh.



Lebih banyak panel suria juga akan digunakan di kem dan pangkalan SAF menjelang 2025 untuk menggandakan penggunaan suria daripada 20 kepada 50 megawatt-puncak (MWp) - atau sama dengan elektrik yang digunakan 12,500 flat empat bilik.



"Perubahan ini adalah ketara dan akan mengurangkan pertumbuhan pengeluaran karbon sekitar 40 peratus menjelang 2030," kata beliau.



Tentera darat akan menggantikan kumpulan kenderaan pentadbirannya yang sekarang dengan kumpulan kenderaan elektrik menjelang 2030. Selaras dengan itu, prasarana mengecas di kem dan pangkalan juga akan ditubuhkan.



Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) pula akan melengkapi kapal baru seperti Kapal Misi Pesisir (LMV) dengan lampu LED yang menjimatkan tenaga, sistem pemadaman api kabus air bebas ozon, dan akan meneliti penggunaan alat pengubah sampah untuk mengurangkan jumlah buangan.



Sementara itu, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan memulakan percubaan menggunakan bahan api penerbangan hijau bagi beberapa pesawat F-16.



Dalam usaha mengurangkan penggunaan air, Mindef akan secara bertahap-tahap menggantikan kelengkapan air dengan yang lebih menjimatkan dan sekurang-kurangnya mempunyai tiga tanda rait (three ticks) di bawah Skim Melabel Penjimatan Air.



Kementerian itu juga akan terus melabur dalam sistem kitaran semula air, seperti sistem bagi pencucian kenderaan.



Bagi mengurangkan bahan buangan pula, mereka akan mempertingkatkan inisiatif 3R - mengurangkan penggunaan, menggunakan semula dan mengitar semula.



Misalnya, proses pengasingan dan kitaran semula akan dilaksanakan di semua rumah dapur kem menjelang 2024.



Antara lain, sistem meter utiliti bijak akan dipasang secara bertahap-tahap bagi semua bangunan untuk membolehkan komander setiap unit mengambil tanggungjawab dan memberi arahan untuk menjadikan SAF lebih hijau.




SEKILAS USAHA HIJAU MINDEF/SAF



  • Pejabat Kemampanan SAF baru akan ditubuhkan dalam usaha sokong pelan kehijauan

  • Standard Anugerah Tanda Hijau Platinum Tenaga Amat Rendah (Green Mark Platinum Super Low Energy) bagi semua bangunan besar dan dipertingkat di mana boleh

  • Lebih banyak panel suria juga akan digunakan di kem dan pangkalan SAF menjelang 2025

  • Kumpulan kenderaan pentadbiran SAF akan digantikan dengan kumpulan kenderaan elektrik menjelang 2030

  • RSN antara lain akan lengkapi kapal baru seperti Kapal Misi Pesisir (LMV) dengan lampu LED jimat tenaga manakala RSAF akan mula percubaan guna bahan api penerbangan hijau bagi beberapa pesawat F-16

  • Sistem meter utiliti bijak akan dipasang secara bertahap-tahap di semua bangunan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >