Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat global ditubuh selaras usaha S'pura cegah buta di rantau ini

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH Pejabat Oftalmologi Global Snec (Snec GO) telah ditubuhkan bagi memusatkan usaha Pusat Mata Nasional Singapura (Snec) dan Institut Kajian Mata Singapura (Seri) mencegah kebutaan di rantau ini.



Pejabat itu akan bekerjasama dengan entiti seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan bukan kerajaan (NGO), seperti Agensi Antarabangsa bagi Mencegah Kebutaan (IAPB).



Ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Snec, Profesor Aung Ting, dalam bengkel WHO-IAPB bagi Kesihatan Mata bagi Semua di Rantau Barat anjuran Snec semalam.



Beliau berkata matlamat Snec GO ialah memajukan amalan oftalmologi (penyelidikan tentang mata dan penyakitnya) di rantau Asia Pasifik dan lebih luas lagi, dengan memberi tumpuan pada tiga teras - pendidikan, penyelidikan dan keupayaan.



"Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 40 juta orang buta. Asia Tenggara dan Pasifik Barat mempunyai peratusan tertinggi kebutaan yang boleh dielak (masing-masing 28 peratus dan 26 peratus)," kata Dr Ting ketika berucap di acara di Auditorium Ngee Ann Kongsi di The Academia itu.



Beliau menambah bahawa peningkatan penyakit berkaitan penglihatan sebahagian besarnya disebabkan populasi menua. Pada 2012, terdapat hampir 810 juta orang berumur lebih 60 tahun di seluruh dunia.



"Menjelang 2022, tahun ini, jumlah ini akan melepasi satu bilion; dan menjelang 2050, warga berusia 60 tahun ke atas akan mencapai dua bilion.



"Peningkatan usia panjang sedemikian menyebabkan pertambahan pesat kejadian kehilangan penglihatan, menjadikannya punca utama kecacatan berkaitan usia.



"Oleh itu, perlunya usaha yang diselaras bagi mengurangkan beban kecacatan penglihatan dan buta di Asia," ujar Dr Ting lagi.



Beliau juga berkongsi visi dan inisiatif Snec GO. Di bawah teras pendidikan, pejabat itu ingin menerajui latihan bagi karyawan penjagaan mata di peringkat sejagat dan menjadi hab pendidikan oftalmik (berkenaan mata) serantau.



Snec GO turut merancang mempromosikan dan menjalankan penyelidikan penjagaan mata bagi menangani cabaran semasa dalam penyakit okular (berkenaan mata) Asia Tenggara.



Dalam membina keupayaan oftalmik di rantau ini, ia menyasar memainkan peranan penting dalam meningkatkan penyediaan penjagaan mata kepada semua, tanpa mengira status sosioekonomi.



Snec dan Seri bekerjasama dengan WHO dan IAPB untuk menganjurkan Mesyuarat Rantau Pasifik Barat mengenai Rabun empat tahun lalu.



Pengerusi Pasifik Barat IAPB, Cik Amanda Davis, berkata: "Mesyuarat bersama negara anggota WHO dan ahli IAPB dari Pasifik Barat minggu ini dibentuk untuk menunjukkan betapa pentingnya kita bekerjasama bagi dunia di mana tiada sesiapa pun mengalami kehilangan penglihatan tidak perlu atau boleh dicegah menjelang 2030.



"Dengan tampil sebagai penganjur acara ini, Seri sekali lagi memimpin melalui teladan." Bengkel dua hari itu berakhir hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >