Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN PEJABAT PERWAKILAN S'PURA DI RAMALLAH

Pejabat Perwakilan S'pura di Ramallah cermin hubungan erat S'pura, Palestin: Hawazi

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



PEMBUKAAN Pejabat Perwakilan Singapura di Ramallah adalah satu pencapaian dan perkembangan ketara dalam usaha menjalin hubungan erat bersama Penguasa Palestin (PA).



Ini dilakukan meskipun Singapura tidak mengiktirafnya sebagai sebuah negara rasmi, kata Encik Hawazi Daipi, wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin.



Ia juga menunjukkan komitmen Singapura untuk menghulurkan bantuan kepada Palestin dalam mempertingkat dan membina bakat dan keupayaan penduduknya sebagai sebahagian usaha mereka menubuhkan negara rasmi yang dapat wujud bersama-sama dengan Israel secara aman dan selamat.



Encik Hawazi berkata terdapat pelbagai bidang yang boleh dimanfaatkan Palestin menerusi Singapura seperti perancangan bandar dan prasarana air - sesuatu isu yang turut dihadapi Singapura.



"Kami telah melakukan ini dengan berjaya sejak saya dilantik sebagai wakil," katanya ketika ditemui Berita Harian di hotel Waldrof Astoria, Baitulmakdis.



Encik Hawazi dilantik sebagai wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin sejak 2016.



"Pembukaan pejabat ini harus dilihat dengan menimbangkan latar belakang bahawa Singapura tidak mempunyai hubungan dua hala rasmi bersama Penguasa Palestin. Namun enam tahun selepas seorang wakil dilantik, kami menubuhkan sebuah pejabat."



Sokongan yang diberikan republik ini membolehkan Palestin mempertingkat modal insan dan keupayaannya. Umpamanya, ia telah melancarkan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) pada 2013 bagi menyediakan latihan bantuan teknikal untuk pegawai Palestin dan dana dalam ETAP digandakan kepada $10 juta pada 2016.



"Sekarang kami ingin mempertingkat usaha itu - dengan menawarkan lebih banyak tempat bagi pendidikan, kursus latihan dan lain-lain lagi," kata Encik Hawazi.



Dan dengan pejabat itu, disokong Pengarah Kehormat, Cik Shireen Shelleh akan membantu merealisasikan matlamat itu.



Encik Hawazi berkata salah satu bidang yang dapat dibantu oleh Singapura kepada PA adalah dalam bidang latihan vokasional.



Beliau berkata penduduk wilayah Palestin mempunyai isu penggangguran besar dalam kalangan lulusan.



Biro Pusat bagi Statistik Palestin Julai lalu melaporkan golongan individu berusia 20 hingga 29 tahun dengan diploma lanjutan atau ijazah kekal tinggi pada 53 peratus tahun lalu; 35 peratus di Tebing Barat dan 74 peratus di Gaza, berbanding 54 peratus pada 2020.



Salah satu program yang diusahakan Encik Hawazi termasuk menyebarkan tentang pendidikan dan latihan vokasional kepada mereka dan ia bakal menjadi sesuatu program utama disediakan oleh Singapura.



Encik Hawazi akur bahawa cabaran yang bakal dihadapi pejabat itu ialah masa memandangkan usaha latihan ini bergantung kepada kesediaan institut, firma dan rakan kerja tertentu.



Pengarah kehormat Cik Shireen berkata beliau komited mengenal pasti bidang khusus dan membuka luas peluang yang disediakan Singapura kepada PA dan membantu menyelaraskan usaha itu berdasarkan jadual latihan yang disediakan Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA)



Beliau merupakan rakan dan pengarah syarikat konsultan Palestin, Pusat bagi Kejuruteraan dan Perancangan (CEP) yang berpangkalan di Ramallah dan berpengalaman mengendali pelbagai projek prasarana dan kejuruteraan di serata dunia dan Timur Tengah sejak lebih sedekad lalu.



Cik Shireen yang dilantik sebagai Pemimpin Global Tahun 2016 di Forum Ekonomik Sedunia berkata:



"Sejak kian lamanya pihak kami telah menjalin hubungan erat dengan PA dan pelbagai agensinya. Kami telah beroperasi di peringkat bawahan dan tahu akan keperluan tertentu di PA dan apa bidang yang bakal dimanfaatkan menerusi kerjasama dengan Singapura." - HARITH MUSTAFFA




ENCIK HAWAZI DAIPI, WAKIL BUKAN PEMASTAUTIN S'PURA KE PALESTIN



WAKIL S'PURA

ENCIK Hawazi Daipi adalah wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin. Pejabat Perwakilan Singapura di Ramallah yang pembukaannya baru dirasmikan kelmarin akan memberi sokongan kepada kerja yang dijalankan Encik Hawazi.

Encik Hawazi juga pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA). Beliau merupakan lulusan Ekonomi dan Geografi dari Universiti Singapura pada 1978.

Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan daripada Institut Pendidikan Singapura. Beliau memegang pelbagai jawatan dalam pejabat awam sepanjang kerjayanya. Sebelum persaraannya, beliau memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan) dan Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia). Beliau juga Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang dari Disember 1996 hingga Ogos 2015.

Sebagai AP, beliau dilantik Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Tenaga Manusia dari 1999 hingga 2001. Beliau juga merupakan naib-pengerusi bagi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) yang berpangkalan di London, dari 2001 hingga 2003.

Seorang mantan wartawan Berita Harian sebelum menyertai politik, Encik Hawazi juga pernah memegang jawatan Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dari 1997 hingga 2001 dan aktif memimpin beberapa kesatuan sekerja sepanjang tempoh tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >