Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejalan kaki maut dilanggar kereta, pemandu 86 tahun diberkas

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pejalan kaki lelaki berusia 52 tahun terkorban pagi semalam selepas dilanggar sebuah kereta di simpang Aljunied Road dan Sims Avenue.



Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 86 tahun, telah ditangkap kerana memandu secara cuai hingga mengakibatkan kematian, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Mangsa, Allahyarham Mohamad Yusman Sahadan, ditemui tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.40 pagi, dan siasatan masih dijalankan.



Sebuah rakaman video Facebook yang dimuat naik semalam menunjukkan sebuah khemah biru gelap polis diletak di Aljunied Road, dengan beberapa orang awam berdiri di pemisah jalan, ditemani beberapa pegawai polis.



Tidak dapat dipastikan apakah mereka ahli keluarga mangsa.



Semasa dihubungi akhbar The Straits Times, sepupu mangsa, Cik Nora Chik, 49 tahun, berkata Alahyarham dalam perjalanan ke tempat kerja apabila kemalangan itu berlaku.



Cik Nora, yang menjalankan perniagaan makanan halal dari rumah di Christchurch, New Zealand, berkata beliau menerima berita itu daripada ahli keluarga lain pagi semalam.



"Kami tidak begitu rapat tetapi teringat yang sepupu saya ini menghantar saya ke sekolah dan menjemput saya pulang semasa saya tinggal bersama keluarganya di Singapura," kata beliau.



Dalam satu catatan di Facebook, isteri Allahyarham, Cik Zulyanna Zainal, berkata:



"Kepada teman-teman dan sanak saudara yg mengenali Mohamad Yusman Bin Sahadan Yuzly Yuz - ayah kepada anak-anak kami, Ismulhafiy Nurrafiq dan Iyshraq Jadulhaq.



"Dengan hati yg sangat-sangat berat, saya ingin memaklumkan, beliau telah kembali ke rahmatullah. Ampunilah dosanya dan halalkan makan minum dia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Sesungguhnya Allah lebih menyanyanginya.



Mereka yang didapati bersalah memandu secara cuai atau tanpa pertimbangan wajar sehingga mengakibatkan kematian orang lain, boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda hingga $10,000, atau dikenakan kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >