Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Peka dengan cabaran, pastikan kebajikan pekerja antara keutamaan

Tingkat semangat pekerja keselamatan dengan bantuan Model Gaji Progresif (PWM)
May 21, 2023 | 05:30 AM



DENGAN pengalaman hampir 15 tahun dalam industri keselamatan, Encik Yusof Lateef amat peka dengan segala cabaran yang dilalui ramai pegawai keselamatan di sini.



Justeru, memastikan kebajikan serta keperluan pekerja terjamin merupakan antara keutamaan beliau.



Sejak mendukung peranan sebagai Pengarah, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat bersama syarikat Security and Risk Solutions Pte Ltd (SRS) sekitar tiga tahun lalu, Encik Yusof menitikberatkan aspek persekitaran kerja yang positif lagi menyokong.



"Meningkatkan kebajikan para pegawai keselamatan kami adalah sesuatu perkara yang sangat penting.



"Ia merupakan sesuatu yang dekat di hati kami yang berada dalam syarikat ini," kata Encik Yusof, 54 tahun.



Antara langkah yang mereka amalkan bagi meningkatkan semangat semua kakitangan mereka adalah membayar gaji asas yang lebih tinggi berbanding gaji minimum yang ditetapkan Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor keselamatan.



PWM bagi pegawai keselamatan privet pertama kali diumumkan Kelompok Pakatan Tiga Pihak bagi Keselamatan (STC) pada Oktober 2014.



Ia diterapkan sebagai satu keperluan untuk mendapatkan lesen bagi syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan sejak 2016.



Encik Yusof menyifatkan PWM sebagai satu anugerah bagi sektor keselamatan di sini.



"Sejak PWM diperkenalkan, ia telah membantu meningkatkan industri keselamatan ke tahap yang lebih dihormati dan kini kita dapat melihat lebih ramai yang bersedia menimbangkan menyertai industri keselamatan ini.



"Kita juga dapat melihat bagaimana dengan adanya PWM ini, ia memberi pegawai keselamatan kami rasa bangga untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik.



"Ramai pegawai keselamatan juga kini lebih terbuka untuk mempertingkat kemahiran mereka dengan mengikuti kursus yang disediakan.



"Ini sekali gus menyaksikan mereka meraih gaji yang sejajar dengan kepakaran mereka," tambah beliau.



Dalam industri di mana pembayaran bonus jarang berlaku, syarikat tersebut tidak lokek memperuntukkan bonus kepada setiap kakitangannya di samping memberikan peruntukan cuti tahunan yang lebih banyak serta perlindungan perubatan yang lebih baik, terutama bagi kakitangan yang tinggal di Johor.



Menurut Encik Yusof, SRS juga telah menandatangani satu perjanjian kolektif bersama Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) untuk menubuhkan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) sekitar dua tahun lalu.



Beliau menerangkan bahawa perjanjian kolektif itu disahkan oleh mahkamah timbang tara industri. Antara lain, perjanjian itu menyatakan bahawa sekiranya berlaku perselisihan faham antara majikan dengan pekerja, kesatuan mempunyai hak untuk menguatkuasakan perjanjian itu ke atas syarikat berkenaan.



"Perjanjian kolektif adalah sebuah amalan yang baik dalam kalangan majikan, untuk memastikan mereka mematuhi apa sahaja yang ditetapkan bagi kebajikan dan kesejahteraan pekerja dalam organisasi.



"Seluruh tenaga kerja kami telah menyertai kesatuan sekerja. Oleh kerana kami menyokong kebajikan pekerja kami, kami bayar untuk keahlian kesatuan sekerja.



"Inilah antara perbezaan yang syarikat kami sediakan bagi setiap pekerja kami," kata Encik Yusof lagi.



Buat julung kalinya SRS bakal diiktiraf dengan Plak Kepujian di Majlis Anugerah Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Isnin ini.



Melalui anugerah ini, NTUC mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu yang layak - termasuk pemimpin kesatuan sekerja, pekerja, pengurusan syarikat dan wakil pemerintah - serta organisasi setempat, kerana telah memperjuangkan kepentingan dan hak pekerja di sini selain menyumbang kepada usaha Pergerakan Pekerja untuk meningkatkan gaji pekerja, kebajikan dan prospek kerja.



Mengulas tentang pencapaian itu, Encik Yusof berkata: "Saya rasa kerjasama dengan kesatuan sekerja merupakan kerjasama yang telah membolehkan kededua pihak meraih manfaat. Dan SRS berasa rendah hati menerima anugerah ini.



"Kami percaya ia adalah satu langkah ke arah yang betul, sedang kami mengorak langkah lebih jauh, apabila industri keselamatan berubah dengan pesat.



"Oleh itu kami perlu memastikan bahawa kakitangan kami juga mengubah pemikiran mereka agar sesuai dengan perubahan dalam industri keselamatan ini."




Sejak PWM diperkenalkan, ia telah membantu meningkatkan industri keselamatan ke tahap yang lebih dihormati dan kini kita dapat melihat lebih ramai yang bersedia menimbangkan menyertai industri keselamatan ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana dengan adanya PWM ini, ia memberi pegawai keselamatan kami rasa bangga untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Ramai pegawai keselamatan juga kini lebih terbuka untuk mempertingkat kemahiran mereka dengan mengikuti kursus yang disediakan. Ini sekali gus menyaksikan mereka meraih gaji yang sejajar dengan kepakaran mereka."

- Encik Yusof Lateef, Pengarah, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Security and Risk Solutions (SRS) Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >