Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEKERJA BERKAIT KLUSTER BARU BT MERAH VIEW

Salah satu blok Enabling Village jalani pembersihan; ditutup hingga 5 Julai

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



KAWASAN awam dan salah satu blok di Enabling Village di Red Hill akan menjalani kerja pembersihan teliti, setelah seorang pekerja pembersihan di pusat masyarakat dan perniagaan sosial diuji positif Covid-19.



Dalam satu catatan di Facebook, SG Enable, agensi pemerintah yang berusaha untuk memperkasakan mereka yang kurang upaya, berkata bahawa pekerja pembersihan itu bekerja di Blok Akademi di Enabling Village, dan kerja pembersihan teliti akan dijalankan semalam.



Enabling Village dikendalikan bersama oleh SG Enable dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Pusat informasi dan kerjaya yang terletak di Block Nest akan ditutup sehingga 5 Julai, dan waktu operasi bagi beberapa penyewa di Blok Akademi mungkin terjejas, kata SG Enable.



Menurut akhbar The Straits Times (ST), ini termasuk NTUC FairPrice, Professor Brawn Cafe serta Samsui Supplies and Services.



Agensi itu meminta pengunjung untuk memeriksa waktu operasi kedai-kedai tersebut sekiranya merancang untuk mengunjungnya.



Blok Akademi juga mempunyai kemudahan latihan, namun, kursus latihan yang diadakan ini telah dialihkan kepada pembelajaran dalam talian sejak pertengahan Mei, kata agensi itu.



Bagi mereka yang perlu menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh SG Enable, mereka dinasihati untuk menghubungi agensi itu secara dalam talian.



Mereka yang perlu menghantar permohonan atau dokumentasi bagi skim dan khidmat yang ditawarkan oleh SG Enable boleh menggunakan e-mel atau perkhidmatan dalam talaian di lama web SG Enable.



Mereka yang sedang mencari bantuan untuk pekerjaan boleh menghantar e-mel kepada employment@sgenable.sg atau mengunjungi laman web SG Enable.



Mereka yang mencari maklumat mengenai skim atau perkhidmatan lain boleh menghubungi SG Enable di 1800-8585-885, melayari laman webnya, atau e-mel contactus@sgenable.sg



Seorang pekerja pembersihan, 63 tahun, dikaitkan dengan kluster baru lima kes di 119 Bukit Merah View.



Beliau dikesan melalui sebahagian daripada pengujian pengawasan masyarakat pada hari Ahad, dan dipekerjakan oleh CSP Maintenance.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >