Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran di dormitori: Kelonggaran lanjut diberi

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



SELARAS dengan peralihan ke Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) Hijau, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan mengemas kini langkah-langkah Covid-19 untuk pekerja migran yang tinggal di dormitori.



Mulai 1 Mac, pekerja migran mempunyai simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) boleh pulih di dormitori mereka atau berjumpa doktor sekiranya mereka mahu di mana-mana klinik.



Ujian Covid-19 hanya akan diberikan untuk pekerja migran atau mereka yang mempunyai simptom ARI yang teruk.



Pekerja migran yang diuji positif bagi Covid-19 tidak perlu dihantar ke pusat pemulihan Covid-19, malah boleh pulih di dalam dormitori mereka.



Pekerja migran dengan simptom yang lebih serius seperti sesak nafas atau sakit dada akan dihantar ke jabatan kecemasan institusi penjagaan kesihatan awam.



Selain itu, Pas Tempat-Tempat Popular akan dihentikan mulai 13 Februari.



Ini bermakna pekerja migran yang tinggal di dormitori tidak lagi perlu memohon pas tersebut untuk meninggalkan dormitori mereka dan mengunjungi lokasi popular seperti Chinatown, Geylang Serai, Jurong East dan Little India.



Pas Tempat-Tempat Popular adalah langkah kontingensi untuk mengurus kesesakan di empat lokasi tersebut pada hari Ahad dan cuti umum.



Apabila ia dilancarkan pada 24 Jun 2022, pemohon untuk Pas Tempat-Tempat Popular perlu memberi tarikh lawatan dan lokasi semasa permohonan melalui aplikasi mudah alih SGWorkPass.



Sebelum Pas Tempat-Tempat Popular dilancarkan, pekerja migran yang tinggal di dormitori perlu memohon pas keluar sebelum mereka boleh meninggalkan dormitori untuk mengunjungi tempat awam untuk beriadah.



Terdapat juga had bilangan pekerja migran yang dibenarkan meninggalkan dormitori mereka.



Pada September 2021, sehingga 500 pekerja migran yang diberi vaksin dibenarkan mengunjungi Little India setiap minggu sebagai sebahagian skim perintis.



Had bilangan pekerja yang dibenar masuk ke dalam masyarakat dilonggarkan secara beransur, dengan kuota akhirnya dinaikkan kepada 50,000 pada April 2022 semasa hujung minggu dan cuti umum, dan 25,000 pada hari bekerja.



Had ini telah ditarik balik sepenuhnya pada Jun 2022 dengan pelancaran Pas Tempat-Tempat Popular.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >