Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran di dormitori wajib lakukan ujian Covid-19 sendiri dengan kerap mulai 13 Sep

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



MULAI Isnin depan, semua pekerja migran yang tinggal di dormitori dikehendaki melakukan sendiri ujian Covid-19 dengan kerap menggunakan kit ujian pantas antigen (ART).



Ini sejajar dengan langkah meluas menggalak lebih ramai orang menjalani ujian kendiri. Ia juga sekali gus menandakan pelonggaran sekatan pergerakan pekerja migran di dormitori.



Peraturan ujian kendiri wajib baru itu adalah tambahan kepada ujian rutin berjadual (RRT) sedia ada yang mengharuskan pekerja migran menjalani ujian setiap tujuh atau 14 hari.



Demikian menurut satu arahan bertulis Kementerian Tenaga Kerja (MOM) yang dikeluarkan kepada majikan pada 27 Ogos.



MOM berkata ujian dan mengesan kes Covid-19 dengan pantas kekal kritikal dalam membendung jangkitan daripada berpotensi menular lebih luas di dormitori pekerja migran.



ART lebih mudah, selesa dan menghasilkan hasil lebih pantas daripada ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang digunakan bagi RRT, kata MOM.



Di bawah peraturan baru itu, pekerja yang diswab setiap tujuh hari harus menguji diri mereka sendiri tiga hari selepas setiap janji temu RRT.



Langkah ini dikenakan ke atas semua pekerja, yang sudah mahupun belum divaksinasi.



Bagi pekerja yang diswab setiap 14 hari, mereka yang sudah divaksinasi harus menguji diri mereka sendiri tujuh hari selepas setiap janji temu RRT.



Mereka yang belum divaksinasi harus menguji diri mereka pada hari ketiga, ketujuh dan ke-11 selepas setiap tarikh RRT.



Pekerja boleh melakukan ujian kendiri di bilik mereka mengikut keselesaan mereka, tetapi mesti diawasi Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (Fast) MOM, pengendali atau pekerja yang dilantik menjaga bilik.



Mereka kemudian dikehendaki menghantar hasil ujian itu menggunakan aplikasi FWMOMCare.



Pekerja juga dikehendaki membuat rakaman video diri mereka melakukan ART, dan mesti menyimpan video itu dalam telefon bimbit mereka selama tujuh hari.



Pemeriksaan rambang akan dijalankan dan tindakan akan diambil sekiranya pekerja gagal menguji diri mereka sendiri seperti yang dikehendaki atau tidak menjalankan ujian dengan betul, kata MOM.



Sejak 30 Ogos, pekerja boleh mengambil kit ART mereka selepas selesai menjalani RRT terkini mereka.



Mulai esok, mereka akan menerima jadual ujian kendiri mereka dan akan dimaklumkan mengenai tarikh ujian mereka.



Kit ART akan disubsidi sepenuhnya oleh pemerintah sehingga diberitahu kemudian.



Pengendali dormitori berkata MOM telah membantu melatih pekerja menggunakan ART sepanjang dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >