Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pembersihan antara 9 kes Covid-19 baru: MOH

Nov 10, 2020 | 11:08 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata kes tunggal Covid-19 dalam masyarakat melibatkan pekerja pembersihan yang tidak mempunyai kaitan sebelum ini.



Lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun itu berada di tempat kerjanya pada 2 November lalu.



MOH dalam kenyataan pada Selasa malam (10 Nov) berkata pesakit itu menunjukkan simptom sehari kemudian dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik di mana beliau diuji bagi Covid-19 di bawah ujian masyarakat dipertingkat.



Ujian tersebut membolehkan penjejakan individu terjangkit seawal mungkin untuk mengekang jangkitan lain.



Pekerja itu merupakan satu daripada dua kes jangkitan setempat yang dilaporkan pada Selasa.



Satu lagi kes setempat melibatkan pekerja yang menetap di dormitori.



Manakala tujuh lagi merupakan kes import yang telah diberi notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Salah seorang daripada mereka merupakan warga Singapura dan satu lagi penduduk tetap (PR) yang pulang dari Uzbekistan dan Indonesia.



Lagi dua kes melibatkan pemegang permit kerja yang tiba di sini dari Indonesia.



Seorang lagi pemegang pas tanggungan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) manakala baki dua kes libatkan pemegang pas lawatan jangka pendek - seorang datang kerana projek kerja dan seorang lagi merupakan pasangan warga Singapura.



Sementara itu, MOH berkata individu-individu yang sah menghidap Covid-19 telah melawat Bugis Street, Mustafa Centre, Burger King di Kitchener Complex, Kopitiam di V Hotel Lavender, Kopitiam di Jurong East dan Jurong Point dari 1 November hingga 8 November lalu.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat-tempat ini selama tempoh tersebut patut memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >