Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pengangkutan awam wajar dihargai

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



PEKERJA pengangkutan awam berkhidmat sepanjang 24 jam, termasuk cuti umum dalam sekitaran penuh cabaran.



Daripada kapten bas dan kereta api, kakitangan stesen dan pusat tukaran bas hinggalah kepada kru penyelenggaraan, mereka semua memainkan peranan memastikan orang ramai dapat sampai ke tempat kerja dan ke sekolah dan pulang dengan selamat setiap hari.



Justeru, amat wajar semua pekerja sedemikian mendapat ucapan terima kasih daripada rakyat.



Demikian dinyatakan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Nasional, Encik Melvin Yong, dalam catatan di Facebook, menjelang temasya Hari Menghargai Pekerja Pengangkutan Awam.



Temasya itu akan berlangsung pada 14 November dari 12 tengah hari hingga 8 malam di Bedok Town Square.



Encik Yong dalam laman media sosial itu menulis:



"Daripada menawarkan salam kepada pengemudi kenderaan dan membantu anda di stesen kereta api dan pusat tukaran, petugas ini bekerja berterusan untuk memastikan kelancaran sistem pengangkutan kita.



"Semasa kebanyakan kita sedang tidur lena pula, kru penyelenggaraan bekerja keras di terowong kereta api, di trek dan di bengkel-bengkel".



Encik Yong, yang juga Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, menjelaskan bahawa sejak beliau mengambil alih jawatan terkini dalam kesatuan tersebut, beliau telah bekerjasama dengan tiga rakan kongsi termasuk Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali pengangkutan awam, untuk mencari wadah bagi mengiktiraf sumbangan pekerja pengangkutan awam.



"Kita mempunyai Hari Guru, Hari Jururawat dan Minggu Setiausaha. Saya harap pada satu hari nanti, kita akan mempunyai Hari Pekerja. Saya telah menyentuh hal ini di Parlimen, di beberapa sesi dialog dan di blog.



"Saya gembira kerana Singapura akan mempunyai acara pertama Hari Menghargai Pekerja Awam pertama pada 14 November ini.



"Saya ingin mengajak semua rakyat Singapura agar sama-sama mengucapkan terima kasih kepada pekerja pengangkutan awam kita," tambah beliau.



Temasya pada Selasa ini, antara lain, memberi peluang kepada orang ramai mengenali lebih dekat tugas-tugas yang dilakukan kakitangan pengangkutan awam dan melahirkan penghargaan mereka dengan menulis nota terima kasih.



Penghargaan istimewa juga menanti pekerja pengangkutan awam di temasya tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >