Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja penghantaran makanan kurang upaya harap dapat beli satu lagi kerusi roda elektrik

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



MENGGUNAKAN kerusi roda elektrik, Encik Suhaimi Suboh berusaha gigih hampir setiap hari menghantar makanan yang dipesan melalui aplikasi GrabFood kepada pelanggan yang tinggal di sekitar kawasan Jurong West.



Itulah mata pencarian beliau sejak hampir tiga tahun lalu setelah diserang penyakit angin ahmar.



Penyakit angin ahmar itu menjejas bahagian kiri tubuhnya lemah, yang memerlukan beliau menggunakan kerusi roda elektrik itu untuk bergerak.



Namun, pekerjaan sebagai pekerja penghantaran makanan bagi platform dalam talian ini tidak mudah.



Mereka menghadapi pelbagai cabaran yang di luar kawalan mereka, seperti cuaca tidak menentu, dan tiada perlindungan seperti pekerja lain kerana bekerja tanpa kontrak pekerjaan.



Cabaran itu bertambah bagi individu kurang upaya seperti Encik Suhaimi, 42 tahun.



"Grab dah banyak bantu kita jugalah dalam segi insentif, insurans… Tapi bagi golongan khas yang menggunakan kerusi roda seperti saya, saya masih harapkan pemerintah dapat tolong lebih apabila saya perlu beli kerusi roda.



"Saya cuma diberitahu saya boleh menggunakan subsidi yang diberi sekali saja," kata beliau.



Encik Suhaimi merujuk kepada subsidi yang diberi di bawah Dana Teknologi Bantu yang menyediakan subsidi hingga 90 peratus daripada kos alat teknologi membantu yang diperlukan untuk hidup secara berdikari.



Sebagai pekerja penghantaran makanan, beliau harus menggunakan kerusi roda elektrik setiap hari dan beliau berharap boleh membeli satu lagi kerusi roda sebagai 'stand-by' sekiranya alat yang digunakan setiap hari itu rosak.



"Tak mungkinlah satu (kerusi roda) itu akan boleh digunakan sampai bila-bila… Khas untuk orang GrabFood rider seperti saya yang menggunakan kerusi roda, memang kita mesti nak kena ada lagi satu kerusi roda back-up. Kalau tak, memang susah. (Jika) kerusi roda dah stuck, kita tak boleh keluar, tak boleh jalankan penghantaran," kata beliau.



Selain cabaran itu, Encik Suhaimi juga perlu menghadapi cabaran panas terik atau hujan lebat semasa bertugas dan perlu menangani pelbagai karenah pelanggan dengan sabar.



Beliau juga pernah mengalami kemalangan beberapa kali, termasuk ketika beliau terjatuh apabila kerusi rodanya tergolek ketika sedang melakukan penghantaran pada waktu malam.



Pada waktu itu, Encik Suhaimi berkata tidak ada orang di sekeliling dan beliau terpaksa kuatkan diri untuk bangun dan mengangkat alat peribadinya.



"Dah sakit tapi apa nak buat. Saya tak nak susahkan oranglah. Selagi saya masih boleh buat, saya buat," kata beliau.



Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan sebuah jawatankuasa penasihat akan dibentuk untuk meneliti cara memperkukuh perlindungan bagi pekerja platform dalam talian, khususnya pekerja penghantaran, pemandu kereta sewa privet dan pemandu teksi.



Ini menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos lalu bahawa usaha akan dijalankan untuk meningkatkan perlindungan bagi pekerja penghantaran platform dalam talian.



Cik Yeo Wan Ling, Penasihat Persatuan Pejuang Penghantaran Kebangsaan (NDCA), yang dibentuk di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), berkata jawatankuasa dibentuk pemerintah itu akan menangani isu yang dihadapi pekerja penghantaran dalam talian.



"Yang pertama tentu sekali ialah syarat lebih adil dalam pekerjaan dengan platform dalam talian. Yang kedua adalah meneliti rangkaian keselamatan jangka panjang, contohnya dari segi bayaran atau sumbangan bersama platform bagi Medisave. Tetapi yang lebih penting adalah kami berharap dapat meminta undang-undang lebih kukuh yang membolehkan persatuan gerakan buruh mempunyai suara perundangan lebih kuat apabila mengutarakan isu yang dihadapi pekerja penghantaran kita," kata beliau.




SAJIAN THE BM SHOW MUSIM 4 MINGGU INI



SEGMEN SINGAPURA:



Dengan lebih ramai warga Singapura pilih bekerja dalam ekonomi ‘gig’, lebih banyak sokongan diperlukan untuk membantu golongan ini mempunyai masa depan yang lebih cerah dan stabil. Hos Irma Kamarudin bertemu penghantar makanan Encik Suhaimi Suboh untuk meninjau cabaran yang dihadapi golongan pekerja ini dan sokongan apa yang dapat membantu mereka. Penasihat kepada Persatuan Pejuang Penghantaran Kebangsaan (NDCA) di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, turut tampil dalam segmen ini berkongsi rancangan mereka untuk membantu golongan tersebut.



SEGMEN GAH!:



Naib juara Miss Universe Singapore 2021 Kalynskye Adrian membawa hos Hanim Mohd Salleh bermain dengan kucing-kucing comel di Catopia Cafe. Di cafe yang terletak di Little India itu, Kalynskye, 21 tahun, berkongsi mengenai perkembangan terkininya dan rancangan beliau untuk menceburi bidang fesyen dan menjadi model.



Saksikan episod pertama musim terbaru ‘The BM Show’ di laman web www.BH.sg atau melalui media sosial akhbar ini – di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >