Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja platform: Butiran pampasan akan diperhalusi

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menubuhkan satu platform bagi Rangkaian Pelaksanaan Pampasan Kecederaan Kerja (PWIN) untuk membangunkan dasar-dasar operasi utama bagi meneliti pelaksanaan rejim pampasan kecederaan di tempat kerja bagi para pekerja platform, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng semalam.



PWIN ditubuhkan menyusuli penerimaan pemerintah terhadap kesemua 12 saranan oleh Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform pada November lalu.



Beberapa isu dasar operasi utama yang akan dikaji oleh PWIN termasuk proses untuk melaporkan kecederaan kerja serta pemprosesan tuntutan dalam senario luar biasa di mana para pekerja platform cedera semasa "di tempat kerja" bagi mereka yang bekerja untuk lebih dari satu syarikat platform pada masa yang sama.



PWIN juga akan mengkaji cara menentukan pendapatan pekerja platform untuk mengira pampasan bagi kerugian pendapatan.



Beberapa butiran pelaksanaan termasuk proses operasi yang diperlukan untuk menyokong pemprosesan tuntutan insurans dan penyelesaian pertikaian juga akan dikajikan.



"Kita telah melihat beberapa kejadian melibatkan para pekerja platform yang tercedera semasa bekerja. Pada masa hadapan, insurans pampasan kecederaan kerja mandatori yang akan disediakan oleh syarikat-syarikat platform akan memberi jaminan kewangan yang lebih baik jika para pekerja platform cedera di tempat kerja," kata Dr Tan semalam.



Sesi dialog diadakan di HometeamNS Balestier dengan sekitar 120 para pekerja platform dan dianjurkan bersama oleh MOM dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



PWIN merangkumi syarikat-syarikat platform seperti ComfortDelgro, Gojek dan Grab Singapore, para pekerja platform, syarikat-syarikat insurans seperti Great Eastern General Insurance Limited dan Income Insurance Limited serta rakan kongsi tiga pihak.



Peruntukan pampasan kecederaan kerja adalah antara 12 saranan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Mengenai Pekerja Platform November lalu.



Saranan lain termasuk perbaiki kemampuan bagi perumahan dan persaraan para pekerja platform serta mempertingkat perwakilan mereka.



Mengenai penyelarasan kadar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pekerja platform, Dr Tan berkata bahawa terdapat tiga perkara yang akan dilakukan untuk menangani kemerosotan pendapatan.



Diantaranya adalah memberi pilihan bagi mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk memilih sama ada mereka inginkan penyelarasan CPF itu.



Penyelarasan itu akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh masa lima tahun.



Dr Tan berkata satu rangka kerja undang-undang akan diperkenalkan untuk mengukuhkan keupayaan persatuan mewakili kepentingan para pekerja platform.



"Kami telah menubuhkan Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai perwakilan untuk para pekerja platform yang sedang membincangkan butir-butir rangka kerja perwakilan baru bagi para pekerja platform."



Saranan itu dijangka diumumkan lewat tahun ini.



Beliau menambah bahawa saranan-saranan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Mengenai Pekerja Platform dijangkakan dilaksanakan pada lewat 2024 dan akan dilaksanakan secara bertahap untuk memberi masa bagi penyesuaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >