Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2023

Pekerja platform: Skim bantu ringan beban sumbang gaji kepada CPF

Skim Sokongan Peralihan CPF bagi Pekerja Platform (PCTS) bantu untuk tempoh empat tahun pertama selepas kenaikan sumbangan CPF dilaksana
Feb 17, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN tidak wajib baginya untuk menyumbang kepada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) beliau sekarang, Encik Aldani Thye Mustafa, 32 tahun, sudah pun mengetepikan sebahagian pendapatannya untuk dimasukkan ke akaun CPF beliau setiap bulan.



Ini kerana pekerja platform itu menganggap bahawa adalah penting mempunyai simpanan CPF bagi keperluan perumahan dan persaraannya pada masa akan datang.



"Pada mulanya, saya bekerja tetapi tidak sumbang kepada akaun CPF saya. Namun selepas beberapa tahun bekerja dan apabila usia saya mencecah 30 tahun, saya sedar pentingnya ada simpanan CPF itu untuk membeli rumah pada masa akan datang serta bagi dana MediSave saya," ujar Encik Aldani yang telah berkhidmat sebagai pekerja platform selama tujuh tahun, termasuk lima tahun bersama syarikat platform Grab.



Oleh itu, beliau yang masih bujang menyambut baik langkah menjadikannya mandatori bagi pekerja platform berusia 30 tahun dan ke bawah menyumbang kepada CPF sementara pekerja platform yang berusia lebih 30 tahun boleh memilih untuk berbuat demikian jika mereka mahu.



Namun, pendapatan yang dibawa pulang sesetengah pekerja platform ini - termasuk pekerja penghantaran makanan dan pemandu kereta sewa peribadi - mungkin terjejas apabila mereka menyumbang lebih banyak kepada akaun CPF mereka.



Oleh itu, Encik Aldani turut mengalu-alukan usaha pemerintah memperkenal Skim Sokongan Peralihan CPF bagi Pekerja Platform (PCTS) yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan pada Selasa lalu.



Skim tersebut akan menyediakan bantuan buat pekerja platform warga Singapura berpendapatan rendah - yang meraih pendapatan $2,500 dan ke bawah sebulan - bagi tempoh empat tahun pertama selepas langkah meningkatkan sumbangan CPF itu dilaksana.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Persatuan Industri Platform Digital (DPIA) - yang dianggotai syarikat platform Deliveroo, foodpanda dan Grab - berkata mereka secara umumnya menyambut baik PCTS itu.



"Kami mengalu-alukan lebih banyak butiran berhubung skim itu.



"DPIA akan terus bekerjasama dengan agensi pemerintah yang relevan untuk memperkemas butiran pelaksanaan (sumbangan) CPF itu serta saranan lain oleh Jawatankuasa Penasihat berhubung Pekerja Platform (ACPW) untuk memastikan ekosistem platform yang berdaya tahan," ujar mereka.



Bagi Encik Luqmanul Hakim Othman, 24 tahun, yang telah berkhidmat sebagai pekerja platform sejak lebih tiga tahun lalu, beliau juga menyambut baik usaha untuk membantu pekerja platform berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan sumbangan CPF lebih tinggi nanti namun berpendapat bahawa lebih banyak usaha juga perlu dijalankan untuk membantu mereka.



"Tentunya, ini akan membantu mereka dan saya gembira ada langkah sokongan seperti ini.



"Tapi lebih penting lagi, saya rasa perlu juga ada usaha untuk membantu pekerja ini meningkatkan tahap kecelikan kewangan mereka supaya mereka juga dapat bangkit membantu diri mereka sendiri," ujarnya.



Menurutnya, beliau sebelum ini berkhidmat 12 hingga 16 jam sehari namun selepas berumahtangga dan sementara menantikan permohonannya untuk memasuki universiti diluluskan, beliau kini bekerja sekitar tiga jam sehari, dengan meraih pendapatan hingga $2,000 sebulan.



Daripada jumlah itu, beliau mengetepikan sekitar $1,300 bagi simpanan peribadinya.



"Sejak saya bekerja, saya tahu tentang manfaat memiliki simpanan CPF tetapi saya tak pernah menyumbang kepada akaun CPF saya kerana kalau saya berbuat demikian, ini akan menjejas jumlah wang tunai yang ada di tangan saya, jadi saya simpan sendiri duit itu. Lagipun, tiada peruntukan bagi syarikat platform itu menyumbang kepada CPF saya juga.



"Tapi kalau saya masih berkhidmat sebagai pekerja platform apabila langkah ini dilaksana, pastinya saya akan meraih manfaat juga dengan menyumbang kepada akaun CPF saya kerana syarikat platform juga akan turut menyumbang kepada CPF saya.



"Ini lebih kepada gratifikasi tertangguh (dengan ganjaran yang lebih besar dalam jangka masa panjang berbanding yang diperoleh dalam masa terdekat), bukan untuk menghukum pekerja," ujar beliau.




"Tapi kalau saya masih berkhidmat sebagai pekerja platform apabila langkah ini dilaksana, pastinya saya akan meraih manfaat juga dengan menyumbang kepada akaun CPF saya kerana syarikat platform juga akan turut menyumbang kepada CPF saya.
"Ini lebih kepada gratifikasi tertangguh (dengan ganjaran yang lebih besar dalam jangka masa panjang berbanding yang diperoleh dalam masa terdekat), bukan untuk menghukum pekerja."
- Encik Luqmanul Hakim Othman.



"Belanjawan ini bukan sahaja memberi fokus kepada mereka yang memerlukan terhadap kos sara hidup, tetapi juga mempersiapkan mereka menangani cabaran masa depan.
"Yang penting, belanjawan ini menangani pelbagai cabaran yang kita hadapi bukan sahaja inflasi tinggi, tetapi juga situasi geopolitik dan ekonomi antara China dengan Amerika Syarikat, serta jangkaan pertumbuhan ekonomi lebih rendah di Amerika Syarikat. Dan ini semua memberi kesan kepada perniagaan dan pekerjaan kita.
"Kita juga perlu terus mempertingkatkan kemahiran pekerja kita dan menarik pelaburan lebih bermutu supaya pekerja kami dapat pekerjaan lebih baik dengan gaji lebih tinggi kerana itulah cara untuk menangani inflasi dalam jangka masa panjang."
- AP (GRC Bishan-Toa Payoh), Encik Saktiandi Supaat.



"Memandangkan persaingan pelaburan dan pekerjaan yang semakin sengit di seluruh dunia, saya amat gembira mendengar bahawa komitmen berterusan akan diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan meningkatkan produktiviti bagi pekerja-pekerja kita supaya mereka dapat melihat perkembangan gaji yang sebenar. Sementara itu, terdapat juga peluang bagi pekerja warga emas, kurang upaya dan pekerja sambilan."
- AP (GRC Pasir Ris-Punggol), Encik Sharael Taha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >