Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pekerja yang 'lari' dari SGH selepas ujian Covid-19 dipenjara sembilan bulan

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pekerja migran yang demam dan kemudian dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH) untuk jalani ujian Covid-19, dijel sembilan bulan kerana melanggar perintah dan meninggalkan premis hospital secara haram pada Mei tahun lalu.



Balachandran Parthiban, 26 tahun meninggalkan premis SGH dan kemudian menaiki bas dan teksi ke Lapangan Terbang Changi, di mana dia didapati cuba untuk membeli tiket penerbangan supaya dapat pulang ke tanah air.



Menurut laporan The Straits Times (ST), polis kemudian menangkapnya dan dia diuji positif Covid-19 pada keesokan harinya.



Selepas dia dikesan tidak lagi dijangkiti pada bulan seterusnya, Belachandran melanggar undang-undang sekali lagi dan telah meninggalkan dormitorinya yang diwartakan sebagai kawasan pengasingan.



Warga India itu dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas dia mengaku bersalah atas dua kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.



Timbalan Pendakwa Raya Encik Norman Yew berkata kes Balachandran merupakan salah satu kes luar biasa dengan menambah:



"Meskipun dia sepatutnya pulang kembali ke hospital atau dormitori selepas gagal membeli tiket penerbangan untuk pulang ke India... dia telah memilih untuk berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan meningkatkan risiko penularan Covid-19.



Balachandran menetap di Dormitori 1 Jurong Penjuru di Penjuru Place apabila Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkannya sebagai satu kawasan pengasingan pada 18 April tahun lalu.



Dia mula mula rasa kurang sihat pada 23 Mei tahun lalu, dan melaporkan dirinya sakit di dormitori pada waktu pagi.



Belachandran mengesyaki dirinya menghidap Covid-19 kerana dia sedar bahawa ada beberapa rakan dormitori yang dijangkiti virus berkenaan.



Sebuah ambulans membawanya ke SGH yang mana dia menjalani ujian swab.



Pada sekitar 1.40 tengah hari, dia dipindahkan ke kawasan pemantauan di sebuah parkir kereta sambil menunggu keputusan ujian swabnya itu.



Beberapa jururawat memberitahunya dalam bahasa Inggeris dan Tamil bahawa dia tidak dibenarkan meninggalkan premis itu sehingga keputusannya sudah selesai.



Malah dia perlu beritahu kakitangan hospital terdahulu jika dia ingin pergi ke tempat lain.



Namun Balachandran meninggalkan premis hospital itu dan telah menaiki bas dari Tiong Bahru, dan kemudian menaiki teksi ke Lapangan Terbang Changi untuk membeli tiket ke tanah airnya, namun gagal..



Belachandran berada di lapangan terbang selama sekitar empat jam sebelum polis menemuinya dan kemudian dibawa balik ke SGH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >