Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelaburan dalam kewangan Islam boleh diteroka untuk bina rizab S'pura

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh meneroka peluang pelaburan alternatif dalam kewangan Islam khususnya dalam bidang sukuk hijau dan segmen sekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam usahanya untuk membina semula rizab negara.



Ini memandangkan negara ini tidak boleh terus memanfaatkan rizab jangka masa panjang kerana ia adalah sesuatu yang tidak mapan memandangkan perbelanjaan negara akan terus meningkat.



Mengetengahkan saranan itu sebagai antara cara membina rizab, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Choa Chua Kang) berkata:



"Kita tidak boleh terus menggunakan rizab kita bagi jangka masa panjang kerana ia tidak mapan dengan perbelanjaan yang terus meningkat, kita akan berdepan dengan defisit yang lebih besar pada masa depan.



"DPM (Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong) telah mengatakan kemungkinan besar, kita tidak dapat memasukkan semula apa yang kita keluarkan daripada rizab pada masa terdekat.



"Dalam hal ini, terdapat peluang yang besar dan sinergi dalam kewangan Islam, khususnya sukuk hijau dan ESG."



Menurut Encik Zhulkarnain, sementara penawaran sukuk secara global susut sedikit pada 2022, sukuk ESG berkembang 35 peratus berbanding 2021.



Secara keseluruhan, sukuk ESG bernilai AS$8.1 bilion ($10.7 bilion) ditawarkan pada 2022, lebih tinggi daripada AS$6 bilion pada 2021.



"Sukuk hijau dan kemampanan telah mencapai paras tinggi baru dengan permintaan dipacu oleh pelabur yang tertumpu pada ESG," jelas Encik Zhulkarnain.



Menggariskan peluang yang ada, beliau berkata Singapura terletak di tengah-tengah pasaran yang terdiri daripada 'pasaran gergasi' dalam bidang itu.



Misalnya, Malaysia adalah negara yang mendahului dunia dalam penawaran sukuk pada 2022, dengan AS$80 bilion sukuk ditawarkan, manakala Indonesia pasaran sukuk ketiga terbesar dengan penawaran sukuk bernilai AS$22 bilion.



Baru-baru ini, di Filipina, Jabatan Kehakiman dan Jabatan Kewangan diberi kuasa untuk menawarkan instrumen kewangan berlandaskan syariah, seperti sukuk, khususnya struktur ijarah dan wakalah, agar negara itu lebih menarik pelaburan Islam.



"Justeru, kita seharusnya meneroka dengan serius semua peluang yang ada dan bagaimana Singapura boleh merebut peluang dalam ruang pasaran yang unik ini," tambah Encik Zhulkarnain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >