Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 15 tahun, radikal sendiri; paling muda ditahan bawah ISA

Seorang lagi, 16 tahun, dikenakan arahan sekatan
Feb 22, 2023 | 05:30 AM



SEORANG pelajar berusia 15 tahun yang mempunyai fahaman radikal dan merancang melakukan serangan menggunakan pisau dengan memenggal kepala orang bukan Islam di kawasan pelancongan popular di sini dan menjadi pengebom bunuh diri, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Pelajar menengah tiga itu adalah individu termuda yang ditahan di bawah ISA kerana aktiviti berkaitan keganasan.



Remaja itu adalah salah seorang daripada dua belia yang telah ditahan di bawah ISA, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Selasa.



Seorang lagi ialah pelajar menengah empat berumur 16 tahun yang telah diletakkan di bawah arahan sekatan, yang mengehadkan pergerakannya dan menghalangnya daripada mengeluarkan kenyataan awam.



Kes terbaru, yang berlaku antara Disember 2022 dan Januari 2023, menunjukkan trend yang meningkat dalam kalangan golongan muda yang ditahan di bawah ISA yang menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) amat membimbangkan.



Seramai 11 individu di bawah umur 21 tahun kini telah ditahan di bawah Akta itu sejak 2015, dengan tujuh daripada mereka ditahan dan empat perintah sekatan dikeluarkan.



Dalam kes terbaru, kededua remaja itu telah mendapat inspirasi daripada propaganda kumpulan ISIS. Mereka tidak boleh dinamakan kerana usia di bawah 18 tahun.



Sedang dua belia itu mempunyai fahaman radikal dengan sendiri secara berasingan, mereka telah berhubungan dengan Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, 18 tahun, yang ditahan Disember 2022 selepas dia membuat perancangan melakukan serangan di sini dan mengisytiharkan Pulau Coney sebagai wilayah ISIS.



Ketiga-tiga mereka mula berkenalan menerusi saluran media sosial 'pelampau' yang sama dikenali sebagai Discord, kata ISD.



Pada Selasa, ISD menyatakan remaja berusia 15 tahun itu berpendapat bahawa "orang kafir" harus dibunuh, dan pada lewat 2022 dia menimbangkan untuk melakukan serangan menggunakan pisau di tempat pelancongan popular di Singapura.



Dia juga berhasrat jadi pengebom bunuh diri dan percaya bahawa mati syahid adalah tanggungjawab semua umat Islam.



"Pemikiran ini diilhamkan daripada video-video memenggal kepala dan pengeboman bunuh diri ISIS yang kerap dilihat dalam talian.



"Pada masa dia ditangkap, belia itu telah dipengaruhi pandangan radikal, tetapi masih belum mengambil sebarang langkah ke arah merealisasikan idea serangannya," kata ISD.



Pada awal 2022, belia itu menemui podcast oleh pendakwah asing, Ismail Menk, ketika mencari kandungan agama secara dalam talian.



Pendakwah Salafi dari Zimbabwe itu telah dilarang berdakwah di Singapura sejak 2015 kerana ajaran radikalnya.



Remaja berusia 15 tahun itu kemudian ke platform media sosial lain untuk mencari lebih banyak pengetahuan agama dan terdedah kepada kandungan militan. Dia juga mengadakan perbincangan dengan warga asing yang mempengaruhinya dengan fahaman pelampau.



Bagi remaja berusia 16 tahun pula, dia telah berada di bawah pemantauan ISD sejak November 2020, ketika berumur 14 tahun.



Siasatan ISD pada masa itu mendapati dia cenderung kepada kandungan pelampau termasuk yang anti-Semitik dan menyokong kumpulan Neo-Nazi yang berideologi menggalakkan "perang kaum".



Dia telah diberi amaran oleh ISD supaya menjauhi kandungan pelampau dalam talian tetapi terus mengikuti propaganda ISIS dan terlibat dalam perbincangan berkaitan ISIS dengan pengguna media sosial yang lain.



Dia kemudian menjadi yakin akan kesahihan ISIS dan menyokong idea mewujudkan khalifah Islam melalui keganasan, termasuk melalui perbuatan memenggal kepala, pembunuhan dan pengeboman bunuh diri.



Di platform permainan dalam talian Roblox, dia menyertai pelbagai server bertemakan ISIS di mana lakaran permainan maya itu mereplikasi zon konflik ISIS fizikal seperti di Syria dan Marawi di selatan Filipina.



Dia menganggap dirinya sebagai ahli ISIS dalam permainan itu, dan mengambil Bai 'ah (ikrar setia) kepada pemimpin ISIS dalam permainan itu. RABIATUL ADAWIYA BINHAN



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >