Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 16 tahun terkorban dalam kemalangan di Johor Baru

Jul 03, 2018 | 04:11 PM



SEORANG pelajar 16 tahun terkorban dalam kemalangan kereta berdekatan Pusat Beli Belah Paradigm di Johor Baru Sabtu lalu, semasa dalam perjalanan dengan jurulatih bola sepaknya dan tiga orang lain. 



Allahyarham Arif Aiman Norman, yang menuntut di Sekolah Menengah Naval Base, sedang berada dalam sebuah kereta yang berdaftar di Singapura apabila ia terlibat dalam kemalangan di Jalan Segenting berdekatan Taman Johor. 



Empat yang lain, termasuk pemandu kereta itu, cedera. 



Gambar kereta Honda yang remuk telah dikongsikan di Facebook sejak Sabtu, dan ia menunjukkan kenderaan tersebut di tepi jalan, berdekatan pembahagi jalan, tiang lampu dan papan tanda. 



Difahamkan mereka telah ke Johor Baru untuk mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak bawah 16 tahun. 



Pengetua Sekolah Menengah Naval Base, Encik Sulaiman Mohamad Yusof memberitahu akhbar The Straits Times Isnin lalu bahawa seluruh warga sekolah itu amat sedih mendengar berita kemalangannya. 



Beliau menambah bahawa Allahyarham telah ke sana dengan sendiri. 



“Arif merupakan seorang belia yang penyayang dan terdorong, dan disenangi semua teman-teman,” katanya. 



Allahyarham dikebumikan Ahad lalu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >