Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL AM PELAJARAN (GCE) PERINGKAT ‘O’ 2022

Pelajar Cina ungguli program khas Bahasa Melayu

gce
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



DENGAN minat mendalam terhadap pembelajaran bahasa, Darius Song menyertai program khas Bahasa Melayu yang ditawarkan di sekolahnya, Sekolah Tinggi Chung Cheng (Main).



Dia didorong ibu bapanya yang menggalaknya mempelajari bahasa baru kerana mereka percaya ia dapat membantunya memahami budaya dan warisan orang lain.



Meskipun perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan tatabahasa bahasa Melayu, Song, yang mengambil mata pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada lapan subjek peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' tahun lalunya, akhirnya mendapati pelajaran tersebut lebih mudah.



Semalam, dia antara 23,684 pelajar yang menerima keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' 2022 mereka.



Semasa dihubungi Berita Harian, Song, 16 tahun, berkata pada awalnya dia mendapati bahasa itu agak sukar kerana dia belum pernah mempelajarinya sebelum itu.



"Apabila saya mula menghadiri kelas, saya tak tahu apa-apa tentang bahasa Melayu kecuali nombor satu hingga 10, jadi ia merupakan pengalaman baru bagi saya.



"Sebenarnya, saya terkial-kial juga sebab tatabahasa dan kosa kata bahasa Melayu sangat berbeza daripada apa yang saya ketahui sebelum ini; sebutan beberapa huruf dan perkataan juga berbeza daripada bahasa Inggeris," katanya.



Song memberi contoh huruf 'c' dalam bahasa Melayu disebut dengan sebutan 'ch' dan bukan 'k' atau 's' seperti dalam bahasa Inggeris; perkataan 'cicak' tidak disebut 'kikak'.



Namun, dia akhirnya mula mendapatinya mudah bahkan muncul sebagai pelajar terbaik bagi Bahasa Melayu (Program Khas) di sekolahnya pada 2021 dan menerima Anugerah Dwibahasa Terbaik.



Menurut Song, sejak mempelajari bahasa kebangsaan itu dia menggunakannya ketika membeli makanan Melayu di pusat makan serta dalam perbualannya bersama warga Malaysia ketika di seberang Tambak.



Meskipun tidak menolak kemungkinan dia mempelajari lebih banyak bahasa pada masa depan, Song berkata dia kini berminat mengambil mata pelajaran Ekonomi di Maktab Rendah Nanyang, yang diharap dapat disertainya selepas ini.



"Saya terbuka mempelajari lebih banyak bahasa jika saya ada masa.



"Mungkin juga saya akan menceburi sesuatu yang berkaitan dengan bahasa, tetapi buat masa ini, saya belum pasti lagi sebab saya masih belum tahu JC (maktab rendah) yang akan saya masuki," kata anak kedua daripada tiga adik-beradik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >