Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar, guru, dan sekolah diiktiraf semai kebaikan dalam masyarakat

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 1,300 pelajar dan guru serta 75 sekolah telah diiktiraf atas usaha mereka untuk menyemai kebaikan dalam masyarakat di Anugerah Kebaikan Sekolah Tahunan ke-31 yang diadakan secara maya.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata beliau gembira melihat ramai warga Singapura menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang mencabar ini.



Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis anugerah itu menerusi video semalam.



"Keadaan Covid-19 yang berlanjutan ini sudah tentu mencabar bagi ramai orang. Ada antara kita yang tertekan, rasa cemas, kecewa dan juga 'burnt out'," kata Encik Chan semasa majlis Anugerah Berbudi Kebangsaan itu.



"Namun, semasa tempoh-tempoh mencabar ini, terdapat cahaya yang kelihatan di hujung terowong.



"Dan saya gembira melihat ramai warga Singapura yang memilih untuk menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain, untuk menunjukkan perhatian, belas kasihan, dan kebaikan kepada orang-orang ini, dalam tempoh luar biasa ini," kata Encik Chan.



Anugerah tahunan itu mengiktiraf dedikasi dan komitmen sekolah dan pelajar menerusi tiga anugerah - Friend of Singa (FOS), Kindness Badge Award (KBA), dan Write for Kindness (WFK).



Antara pemenang FOS tahun ini merupakan Sekolah Rendah St. Hilda.



Asher Koh, seorang murid sekolah itu dan duta FOS, telah memulakan 'Project Kindness' di sekolah untuk menggalak murid lain melakukan perubahan positif.



Dia telah memulakan projek 'Kindness Tree' (Pokok Kebaikan) di mana murid-murid dipelawa menulis perbuatan baik mereka di dedaunan yang kemudian dilekatkan kepada lukisan pokok di dinding.



Selain menulis tentang perbuatan baik mereka sendiri, mereka juga boleh berkongsi tentang perbuatan baik yang dilihat atau diterima.



Asher juga menggalak murid lain supaya membaca pesanan yang dilekatkan di pokok itu supaya mereka boleh memahami bagaimana perbuatan baik boleh menceriakan hari seseorang.



Satu lagi pemenang FOS adalah Sekolah Menengah Anderson dan para pelajarnya.



Mereka telah mengadakan kempen, 'Hidden Heroes' (wira di sebalik tabir) untuk menghargai penjaga di sekolah.



Antara lain, pelajar sekolah itu telah menghasilkan sebuah video untuk memaparkan tingkah laku pelajar terhadap penjaga, diikuti dengan temu bual bersama pelbagai penjaga sekolah.




"Keadaan Covid-19 yang berlanjutan ini sudah tentu mencabar bagi ramai orang. Ada antara kita yang tertekan, rasa cemas, kecewa dan juga 'burnt out'. Namun, semasa tempoh-tempoh mencabar ini, terdapat cahaya yang kelihatan di hujung terowong. Dan saya gembira melihat ramai warga Singapura yang memilih untuk menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain, untuk menunjukkan perhatian, belas kasihan, dan kebaikan kepada orang-orang ini, dalam tempoh yang luar biasa ini."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >