Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Pelajar madrasah, pemandu kereta, teksi, bantu TAA

May 25, 2019 | 05:30 AM



SERAMAI 140 pelajar dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah bersama 35 pemandu teksi dan kereta sewa-privet daripada Persatuan Amal dan Ibadah (PADI) telah menyumbang tenaga dalam membantu mengumpul dana bagi Tabung Amal Aidilfitri (TAA).



Ini merupakan sebahagian usaha yang dijalankan TAA untuk menjalankan pungutan derma di masjid serata Singapura sewaktu solat Jumaat semalam.



Selama sejam setengah tabung-tabung derma diletakkan di 70 masjid di Singapura.



TAA dapat mengumpul lebih $143,000 semalam, melebihi sasaran jumlah $100,000 yang ditetapkan.



Bagi kempen TAA Ramadan tahun ini, jumlah pungutan sebanyak $850,000 telah disasarkan.



Ia merupakan jumlah yang sama seperti tahun lalu.



Sebanyak 3,400 permohonan bantuan telah diterima TAA pada tahun ini.



Jumlah tersebut merupakan rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun.



Talian amal bagi menderma $50 (1900-112-9050) dan $10 (1900-112-9010) juga disediakan.



Butir dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melungsuri laman web www.taa.org.sg atau Facebook / Tabung Amal Aidilfitri Trust Fund; atau dengan menghantar e-mel kepada info@taa.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >